Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[GameStart 2019] JPRG amat BERBEZA dengan Dahulu – Veteran industri, Takashi Tokita berkongsi pengalaman!

Peluang mendengar pengalaman seorang legenda di dalam bidang permainan video.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Bimbingan, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
[GameStart 2019] JPRG amat BERBEZA dengan Dahulu – Veteran industri, Takashi Tokita berkongsi pengalaman!
Share on FacebookShare on Twitter

Takashi Tokita adalah seorang veteran industri, dengan 35 hingga 36 tahun pengalaman di Square Enix. Beliau telah bertemu dengan penganjur GameStart, Eliphant, pada bulan Mac lalu dan pendek cerita kini menjadi tetamu untuk acara GameStart 2019 tahun ini dan akan membuat beberapa penampilan. Untuk memulakan acara, beliau telah melakukan beberapa sesi Q & A pada persidangan akhbar pra-acara semalam. Jom lihat apa yang dia kongsi!

Dari pihak Square Enix sendiri adalah Final Fantasy VII Remake, ONINAKI oleh Tokyo RPG Factory, dan Chocobo Mystery Dungeon – semua boleh dijumpai di GameStart. Tokita kini ialah producer di Square Enix, dan juga creative producer untuk Tokyo RPG Factory.

Selepas terlibat dalam industri permainan video untuk jangka masa yang agak panjang, mesti ada permainan video yang paling diingati olehnya kan? Beliau berkata itu ialah satu soalan yang sukar, dan memberikan dua jawapan. Dia menjawab permainan pertama secara semulajadi akan kekal dalam fikirannya, manakala judul terbarunya adalah yang paling segar dalam ingatannya. Oleh itu, beliau menjawab Live A Live di pelantar Super FAMICOM, dan ONINAKI iaitu permainan video terbarunya. Semasa topik ONINAKI, beliau dan kakitangannya mahu menggabungkan beberapa konsep bersama; iaitu “konsep kelahiran semula dan penjelmaan semula” dan sistem real-time job change, yang membawa kepada permainan yang anda lihat hari ini.

Beliau secara ringkas menyentuh pengalamannya yang panjang dalam industri permainan video. Beliau bercakap tentang pelantar yang berbeza dan permainan yang dikeluarkan pada mereka, dan bagaimana orang telah berinteraksi dengan medium tersebut. Beberapa perubahan terbesar untuknya ialah kemunculan grafik 3D, bersama-sama dengan internet.

“Ia mengubah cara orang bermain dan menikmati gameplay,” katanya.

Beliau percaya RPG sendiri telah kekal sama, tetapi selepas dikaji semula dan diberi perspektif yang segar, memberikan Tokita semangat untuk teruskan. Masih steady ya?

ONINAKI dianggap sebagai JRPG, tetapi apakah perbezaan antara JRPG dan “tradisional” RPG? Beliau berkata ia daripada pengaruh industri hiburan Jepun secara keseluruhan, dengan manga dan anime bersama permainan video. Orang ramai terpengaruh oleh manga lalu mencipta kandungan anime, dan kemudian diteruskan ke JRPG. Dalam JRPG, pemain biasanya bermain sebagai watak utama dan mengalami kisah bersama-sama watak. Ciri ini yang membuatkan ia menonjol.

Berkaitan dengan populariti JRPG, dia juga memberi kredit kepada pengaruh manga. Dengan Osamu Tezuka, manganya tidak semata-mata “berorientasi kanak-kanak”, dan artis mengikuti jejak langkahnya dengan memasukkan topik yang lebih berat ke dalam karya mereka. Pengaruh ini kemudian dimasukkan ke dalam JRPG. JRPG kemudian tidak dilihat sebagai “kebudak-budakan”, dengan pemain dapat mencari kandungan yang boleh mereka berkait.

Permainan video boleh dikategorikan kepada permainan tradisional turn-based seperti Chrono Trigger atau Final Fantasy yang lama – dan permainan yang lebih aktif dan berorientasikan aksi seperti Parasite Eve atau ONINAKI. Tokita tidak mempunyai keutamaan yang ketat, dan mempercayai kedua-dua kaedah menyediakan cara yang berbeza untuk pemain mengalami sebuah permainan video. Lagipun, sistem turn-based membolehkan pengguna untuk berfikir dan menyusun strategi, tetapi sistem aktif memerlukan reaksi yang lebih cepat. Beliau suka untuk menghasilkan sistem pertempuran baru dari yang sedia ada, dan melihat apa yang boleh diambil atau dikeluarkannya agar pemainan masih kekal menarik bagi pemain.

Tokita telah mendengar banyak permintaan untuk HD-kan atau remake semula permainannya, terutama pada ulang tahun pelancaran, atau bila topik itu dibangkitkan. Beliau sedar permintaan itu dan sedang cuba memikirkan cara untuk memenuhinya. Tidak ada apa-apa yang beliau boleh katakan sekarang, tapi siapa tahu, kita mungkin boleh melihatnya suatu hari nanti!

Dengan ONINAKI kini sudah dikeluarkan, Tokita tidak dapat mendedahkan projek masa depannya, tetapi ada satu dalam pembikinan. Beliau juga ingin merealisasikan sebuah judul lain, jadi mungkin ada dua permainan video untuk peminat berharap. Beliau meminta kami untuk sentiasa berjaga-jaga pada berita baru.

Kami akan menantikan projek yang seterusnya! Jangan segan silu untuk permainan yang kita mahu kerana Tokita sentiasa mendengar kata-kata peminat! Saya berharap saya dapat peluang untuk mencuba game barunya!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeChrono TriggerGamestart 2019JRPGmangaOninakiRPGsquare enixTakashi TokitaTokyo RPG Factory
Previous Post

[GameStart 2019] Cipta Super Hero MARVEL anda sendiri di MARVEL REALM OF CHAMPIONS!

Next Post

[GameStart 2019] Kami mencuba demo Disney TSUM TSUM Festival! Penuh Kecomelan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
[GameStart 2019] Kami mencuba demo Disney TSUM TSUM Festival! Penuh Kecomelan!

[GameStart 2019] Kami mencuba demo Disney TSUM TSUM Festival! Penuh Kecomelan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd