Alhamdulillah! Akhirnya Gamer Santai berjaya mendapat 10 ribu Likers! Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang setia mengikut Gamer Santai dari awal, sampai sekarang! Tanpa korang, Gamer Santai takkan cecah ke 10 ribu ni. Terima kasih lagi sekali kepada korang, yang tak putus-putus menyokong dengan segala like, share komen dan macam-macam lagi. Jadi, sempena Gamer Santai mencecah 10 ribu, aku ingat nak buat giveaway sikit. Nak tahu Gamer Santai akan bagi apa, jom, teruskan bacaan korang ye.
Memandangkan, pada bulan Ogos nanti Monster Hunter Word PC version akan dilancarkan, timing yang sangat ngam dengan Gamer Santai yang telah berjaya mencecah 10 ribu likers. So, aku ingat aku nak bagi salah satu dari korang yang bertuah, game Monster Hunter World Deluxe Edition ni. Giveaway ni bermula dari hari ini, sehingga Ogos 3, 11:00 Tengah Malam. Haa, jadi, macam mana nak masuk Giveaway ni? Aku akan terangkan di bawah:
GIVEAWAY SUDAH TAMAT!!!
Langkah 1: Korang kena “LIKE” page “GAMER SANTAI”
Langkah 2: Korang wajib follow Twitter “GAMER SANTAI”
Langkah 3: “LIKE” dan “SHARE” post ni, pastikan ianya “PUBLIC”
Langkah 4: Korang kena jawab soalan yang diberi “Apakah event terbaru Monster Hunter: World?” dengan #sayasukagamersantai dan #sayanakmonsterhunterworld
1 Pemenang akan dipilih berdasarkan siapa dapat menjawab dengan betul. Di bawah merupakan Rules and Regulations kepada mereka yang ingin menyertai:”
- Mesti warganegara Malaysia
- Penyertaan akan ditutup pada Ogos 3, 11:00 Tengah Malam
- Pemenang akan diumumkan pada Ogos 4
- Korang wajib follow Twitter Gamer Santai
Terima kasih lagi sekali kepada korang yang terus menerus sokong Gamer Santai, mungkin giveaway kali ini macam tak seberapa, tapi buat masa ini, hanya aku mampu ini je. Tapi, mungkin kalau Gamer Santai cecah 20 ribu, aku buat giveaway yang lagi besar? Doakan kejayaan aku dan juga Gamer santai, insyAllah. Terima Kasih Gais!
GIVEAWAY SUDAH TAMAT!!!
@gamersantaimy
Discussion about this post