Pada musim luruh ini, Surgeon Simulator akan datang ke Nintendo Switch, dan ianya diumumkan oleh developer Surgeon Simulator itu sendiri, Bossa Studios. Port tersebut dengan rasmi bernama Surgeon Simulator CPR (Co-op Play Ready). So, kalau dah masuk Switch, of course korang kena main menggunakan Joy-Con. Korang juga boleh ubah kepada motion control bila-bila masa sahaja dengan menggunakan Joy-Con. HD Rumble juga ada dalam Surgeon Simulator CPR.
Memandangkan Surgeon Simulator CPR menyokong split Joy-Con, game ni juga ada Co-op gameplay. Bermaksud korang dengan kawan korang boleh buat surgeri bersama-sama. Walaupun sudah port ke Nintendo Switch, semua kandungan Surgeon Simulator awal seperti transplan mata, gigi dan juga autopsi alien.
Jadi, dulu masa main Surgeon Simulator ni dekat PC, tak berapa best sangat. Duk gelak sorang-sorang. Sekarang ni, korang boleh gelak bersama rakan-rakan korang! Buat kerja gila bersama! Dan cuba untuk selamatkan pesakit bersama!
@gamersantaimy
Discussion about this post