Baru-baru ini, berlangsungnya kejohanan Mobile Legends terbesar di rantau ini, Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2018, di Jakarta, Indonesia. 10 pasukan terbaik dari 7 buah negara Asia Tenggara menyertai pertandingan MSC 2018 tersebut. Menyedihkan lagi, apabila, satu-satunya wakil dari Malaysia, AirAsia Saiyan(ASYN), telah mengumumkan yang mereka tarik diri. Bermacam kontroversi yang timbul semasa MSC 2018 ini dijalankan. Nak tahu lebih lanjut? Jom, baca artikel ini.
Mereka sendiri secara rasminya mengumumkan yang mereka menarik diri dari MSC ini, korang boleh baca di Facebook rasminya, AirAsia Saiyan. Aku pun, tak nak cerita panjang, tapi, aku akan tunjukkan korang kronologi apa yang berlaku di Jakarta (terima kasih kepada Spartanic Entertainment) :
Mula-mula, aku ingatkan, perkara ini habis di sini, tetapi, nampaknya ia mengundang kemarahan pemain dan juga penyokong Malaysia terhadap Revival TV. Hal ini dibincangkan sehingga ke pihak atasan negara, di mana YB Syed Saddiq akan membincangkan hal ini. Menurut Twitter Syed Saddiq:
Saya akan dapatkan laporan penuh berkenaan kes ini dan bincangkan tindakan susulan.
I know you are an asset to Esports,
Please do join us for the discussion tomorrow.@Amshar_Aziz please contact her. https://t.co/NuB9gBP1zI— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 29, 2018
Dan, pada hari ini, menurut Twitter Mariah Ahmad, nampaknya perkara ini telah dibincangkan dengan secara mendalam:
[#MobileLegends] Pertemuan Menteri Belia & Sukan @SyedSaddiq bersama Pengurus Pasukan @AirAsiaSaiyan Ben Kian Jin.
Isu yang bincangkan termasuk isu protes atau tarik diri @AirAsiaSaiyan Piala Asia Tenggara Mobile Legends & hal-hal berkaitan e-sukan.@501Awani #GalaxyGamerz pic.twitter.com/lO9XfiID8n
— Mariah Ahmad (@A_marea) July 30, 2018
Aku juga dapat tahu, yang mereka ingin membawa kes ini ke mahkamah, apabila, Ann Farhan, Coach untuk ASYN, membuat satu post di Facebook:
Di bawah adalah statement di mana pihak MLBB memohon maaf:
Fuh~ kes ini semakin panas nampaknya, aku tak nak buat konklusi apa-apa, cuma, sekarang, apa yang kita boleh buat adalah tunggu dan juga lihat, apakah keputusan yang akan dibuat. Selain dari pada itu, aku di sini, akan melaporkan apa yang terjadi.
Sumber: Astro Awani
@gamersantaimy
Discussion about this post