Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Game RPG Fairy Tail ditunda lagi sekali ke 31 Julai 2020! Sebulan lagi sebelum Natsu beraksi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2020 - Updated on May 22, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
[UPDATE] Game RPG Fairy Tail ditunda lagi sekali ke 31 Julai 2020! Sebulan lagi sebelum Natsu beraksi!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Penerbit Koei Tecmo dan pemaju Gust Studios secara rasmi mengumumkan Fairy Tail ditangguhkan sekali lagi di seluruh dunia (laporan asal hanya di Jepun). Kemas kini baru daripada pasukan pembangunan menjelaskan bahawa permainan video itu kini akan dilancarkan pada 31 Julai. Kenyataan rasmi di bawah:

#FairyTail #FairyTailGame

A message from our Fairy Tail Game development team.#KTfamily pic.twitter.com/RZOwdeoHjn

— KOEI TECMO AMERICA (@KoeiTecmoUS) May 21, 2020


Edisi terbaru majalah Famitsu mendedahkan tarikh pelepasan baru untuk game RPG Fairy Tail akan datang oleh Gust. Ini ialah kali kedua game Fairy Tail ditunda tetapi kali ini, kita tidak perlu tunggu lama kerana ia akan tiba pada bulan. Sepatutnya dilancarkan pada 19 Mac 2020, tarikh kemudian beralih ke 25 Jun 2020. Malangnya, masih terdapat beberapa masalah untuk mengeluarkan permainan, jadi ia ditangguh lagi sekali pada 30 Julai 2020. Jika tiada masalah berlaku, kita sepatutnya sudah boleh bermain game ini sekarang.

Alasan untuk penundaan pertama adalah kerana keperluan untuk meningkatkan kualiti keseluruhannya. Lebih khusus lagi, efek sihir, efek untuk adegan jalan cerita, perubahan keseimbangan, dan lain-lain. Laporan tersebut tidak memberikan sebab untuk penangguhan kedua, tetapi ia mungkin berlaku kerana sebab yang sama. Perlu diperhatikan juga bahawa tarikh keluaran baru adalah untuk versi Jepun. Sekiranya permainan ditangguhkan untuk seluruh dunia juga, kita pasti akan mendengar lebih banyak lagi daripada Koei Tecmo dalam masa terdekat.

Fairy Tail akan dilancarkan untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch di Jepun pada 30 Julai 2020 manakala ia dijadualkan untuk pelancaran PS4, Switch, dan PC (Steam) di Eropah pada 25 Jun 2020 dan di Amerika Utara pada 26 Jun, 2020. Untuk segala maklumat tentang game Fairy Tail ini, sila klik di sini.

Tags: Fairy TailGUST Studioskoei tecmoRPG
Previous Post

Acara digital New Game+ Expo menampilkan barisan game baru daripada SEGA, Koei Tecmo, Atlus & lain-lain!

Next Post

Game eksklusif PS5, Gran Turismo 7 dibocorkan tanpa sengaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Game eksklusif PS5, Gran Turismo 7 dibocorkan tanpa sengaja!

Game eksklusif PS5, Gran Turismo 7 dibocorkan tanpa sengaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd