Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara digital New Game+ Expo menampilkan barisan game baru daripada SEGA, Koei Tecmo, Atlus & lain-lain!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Mobile, PC, Teknologi
0 0
0
Acara digital New Game+ Expo menampilkan barisan game baru daripada SEGA, Koei Tecmo, Atlus & lain-lain!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pembatalan E3, banyak kekeliruan dan masalah telah timbul. Adakah pemaju dan penerbit akan uruskan sendiri atau adakah mereka akan bersatu dengan pemaju lain untuk membuat acara yang lebih kecil bagi berkongsi pengumuman mereka? Sekarang kita sudah dapat jawapan! Beberapa nama besar dalam industri permainan video telah berkumpul dan memutuskan untuk mengadakan pameran digital bernama New Game+ Expo.

Announcing New Game+ Expo (NGPX), an online showcase of video game publishers and developers from around the world. Watch exclusively at https://t.co/yetYJ0qo9g on June 23 at 8:00 AM PDT! More info @ https://t.co/xM8Qb1fE7t #newgameplusexpo #newgameexpo #ngpxgames #ngpxevent pic.twitter.com/CNBYeQMJhI

— NewGame+Expo (@newgameplusexpo) May 20, 2020

Antara syarikat yang terlibat termasuk SEGA, Koei Tecmo, Atlus, Spike Chunsoft, dan Grasshopper Manufacture. Dengan pengumuman ini, banyak permainan video dijangka akan didedahkan di acara tersebut. Pameran ini akan ditayangkan secara eksklusif di Twitch pada Khamis 8AM PDT (anggaran Jumaat 12AM) pada 23 Jun. Siaran langsung akan menyusul, yang akan bermula dari 9AM hingga 4PM PDT. Ini akan memberikan gambaran pertama untuk permainan yang belum pernah dilihat, live demo, dan sesi Q&A.

https://twitter.com/newgameplusexpo/status/1263182751311650816

Walaupun kami tidak tahu game apa yang akan diumumkan, kami tahu bahawa akan ada pelbagai jenis permainan daripada pelbagai jenis pelantar, termasuk PS4, Xbox One, PC, Nintendo Switch dan mobile.

“New Game + Expo adalah kerjasama antara penerbit dan pemaju. Diadakan untuk pertama kalinya, kami berharap peminat seronok melihat senarai permainan akan datang untuk tahun 2020 dan seterusnya!” -Adam Johnson, producer NGPX.

Berikut adalah senarai penuh penerbit dan pemaju yang terlibat:

  • Acttil
  • AKSYS Games
  • Arc System Works America
  • Atlus
  • Grasshopper Manufacture
  • GungHo America
  • Idea Factory International
  • Inti Creates
  • Koei Tecmo America
  • Natsume Inc.
  • NIS America, Inc.
  • PLAYISM
  • SEGA of America
  • SNK Corporation
  • Spike Chunsoft, Inc.
  • WayForward

Ini merupakan berita yang sangat menggembirakan, dan pasti menarik untuk melihat acara-acara lain muncul semasa ketiadaan E3. Anda boleh mendapat lebih banyak maklumat NGPX di Twitter dan Instagram rasmi mereka.

Tags: acaraArc System Workskoei tecmoNew Game+ ExpoNGPXsegaSNKSpike ChunsoftTwitch
Previous Post

Si klasik kembali dengan Serious Sam 4 akan datang ke Steam dan Stadia Ogos ini!

Next Post

[UPDATE] Game RPG Fairy Tail ditunda lagi sekali ke 31 Julai 2020! Sebulan lagi sebelum Natsu beraksi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[UPDATE] Game RPG Fairy Tail ditunda lagi sekali ke 31 Julai 2020! Sebulan lagi sebelum Natsu beraksi!

[UPDATE] Game RPG Fairy Tail ditunda lagi sekali ke 31 Julai 2020! Sebulan lagi sebelum Natsu beraksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd