Nampaknya, salah satu game eksklusif besar PS5 telah bocor menjelang pengumuman rasmi daripada PlayStation. Walaupun terdapat beberapa “third-party game“ yang disahkan untuk PlayStation 5 seperti Godfall, Assassin’s Creed Valhalla, dan Dirt 5, Sony Interactive Entertainment masih berahsia tentang game eksklusifnya. TETAPI! Salah satu rakan kongsi mereka, tanpa sengaja, telah membocorkan salah satu game eksklusif ini.
Next Level Racing, sebuah syarikat Australia yang membuat kokpit lumba untuk sukan perlumbaan profesional, mungkin telah mengesahkan bahawa Gran Turismo 7 sedang dibangunkan untuk PS5, dan akan dilancarkan bersama konsolnya pada hujung tahun ini. Di Instagram rasmi, Next Level Racing, yang pernah bekerja dengan PlayStation pada masa lalu, bertanya kepada pengikut untuk “game lumba 2020 apa yang mereka nantikan“. Bersama soalan ini adalah gambar yang memaparkan logo empat game perlumbaan berbeza iaitu: Dirt 5, F1 2020, Automobilista 2, dan Gran Turismo 7. Malangnya, gambar ini sudahpun dibuang di Instagram rasmi.
Seperti yang anda lihat, Next Level Racing bukan sahaja mengesahkan Gran Turismo yang baru, tetapi juga telah membocorkan logo permainan. Selain itu, perkataan “2020” mengatakan bahawa permainan akan dilancarkan bersama PS5 pada akhir tahun ini.
Pada masa penerbitan, Sony belum mengeluarkan komen rasmi mengenai kebocoran terbaru ini, tetapi pelbagai acara digital akan berlangsung dalam masa terdekat. Kemungkinan besar, Gran Turismo 7 akan diumumkan di salah satu acara. Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu.
@gamersantaimy
Discussion about this post