gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Platform Mobile Android

Game RPG ala anime ‘Dislyte’ kini boleh download di peranti iOS & Android

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2022
in Android, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Game RPG ala anime ‘Dislyte’ kini boleh download di peranti iOS & Android
Share on FacebookShare on Twitter

Dihasilkan oleh orang sama yang membuat AFK Arena dan Rise of Kingdoms: Lost Crusade, Lilith Games hari ini mengumumkan bahawa game RPG mitologi urban ‘Dislyte’ kini tersedia untuk download pada peranti iOS dan Android. Campuran moden dan mitos, Dislyte menjemput pemain untuk melawan kuasa jahat dengan lima watak yang dikenali sebagai “Esper,” di mana setiap seorang diberikan kebolehan istimewa berdasarkan dewa mitologi dari seluruh dunia.

Sempena pelancaran istimewa ini, Lilith Games telah bekerjasama dengan Rapid Rail untuk menambah beberapa visual dan promosi menarik bagi Dislyte di transit aliran ringan (LRT). Mereka yang duduk di sekitar kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur akan berpeluang melihat watak-watak Dislyte menghiasi luaran dan dalaman LRT semasa dalam perjalanan. Berikut adalah beberapa contoh gambar yang kita ambil:

Berdasarkan dewa budaya Yunani, Cina, Norse dan Mesir, senarai watak Dislyte menampilkan pelbagai kemahiran unik dan reka bentuk watak bergaya. Berlatarkan pada tahun 2027, sebuah bandar futuristik menjadi pentas untuk perlawanan paling gila sambil ditemani oleh muzik elektro-pop.

Kerja kita adalah untuk merekrut satu pasukan yang terdiri daripada lima watak dan bertembung dengan kuasa kegelapan dalam pertempuran turn-based RPG. Adakah kuasa baik dapat mengalahkan kejahatan, atau adakah dunia ditakdirkan ke lembah kegelapan? Semuanya terpulang kepada anda.

Jika anda lebih suka PVP, Dislyte mempunyai mode bernama Point War, sebuah arena di mana pemain dipadankan secara rawak dengan Esper lain, lalu bertarung sesama sendiri dan meningkatkan kemahiran dalam masa yang sama. Dislyte juga mempunyai aspek gacha; dengan menggunakan permata yang diperoleh, pemain boleh mencuba nasib mendapatkan Esper jenis Rare, Epic atau Legendary melalui “pemutar rekod” jenis Silver, Gold atau Platinum (ini adalah cara summon).

Mengikut elemen sama seperti AFK Arena, terdapat juga pilihan untuk auto-battle, supaya pemain dapat meminimumkan skrin dan melakukan urusan lain semasa adegan pertempuran.

Berikut adalah treler rasmi untuk Dislyte:

Ciri-ciri utama tentang Dislyte:

  • Bertarung ikut rentak lagu: Pertarungan dan elemen cerita Dislyte ditemani dengan dengan rentak lagu daripada pelbagai genre termasuk EDM, tekno dan pop.
  • Esper di seluruh dunia: Teroka dan bertarung di bandar futuristik yang diilhamkan oleh lokasi-lokasi betul di seluruh dunia sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan.
  • Dewa yang amat bergaya: Dislyte menggabungkan tema mitologi mendalam dengan jalan cerita yang menarik di mana setiap Esper harus berpakaian untuk menarik perhatian.
  • Ganjaran Muzikal: Temui lagu baharu, alami mood yang berbeza dan ikuti rentak dengan sistem “Gacha” berasaskan muzik di mana anda akan unlock ganjaran dengan “memusing” pemutar rekod seperti DJ sebenar.

Dibangunkan oleh Lilith Games dan diterbitkan oleh Farlight Games, Dislyte kini tersedia sebagai download secara percuma di iOS dan Android. Untuk download, korang boleh pergi ke pautan yang disediakan di bawah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Dislyte.

Download sekarang
Dislyte
Publisher: Farlight Games
Developer: Lilith Games
Release Date TBC
Android, iOS
Campuran moden dan mitos, Dislyte menjemput pemain untuk melawan kuasa jahat dengan lima watak yang dikenali sebagai "Esper," di mana setiap seorang diberikan kebolehan istimewa berdasarkan dewa mitologi dari seluruh dunia.
Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: AndroidDislytedownloadiOSMobile
Previous Post

Shin Kamen Rider tunjukkan rupa musuh – Bat Man, Bee Woman, Man Spider & lain-lain

Next Post

Ini senarai phone gaming bajet bawah RM1000 setakat Mei 2022! ML, PUBGM semua boleh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA
Berita

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA

May 23, 2022
[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter
Preview

[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter

May 21, 2022
Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!
Berita

Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!

May 21, 2022
Next Post
Ini senarai phone gaming bajet bawah RM1000 setakat Mei 2022! ML, PUBGM semua boleh!

Ini senarai phone gaming bajet bawah RM1000 setakat Mei 2022! ML, PUBGM semua boleh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

by Maira
May 20, 2022
0

Kali ini, kami kembali sekali lagi dengan beberapa lagi tajuk anime yang ditamatkan sebelum mencapai penamatnya yang sebenar. Sering kali,...

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

by Razin Syafiq
May 20, 2022
0

Syarikat teknologi terkenal MSI, telah bekerjasama dengan jenama esports EVANGELION e: PROJECT (EVA e:PROJECT) untuk memberi peluang kepada para gamer...

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

by Maira
May 20, 2022
0

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT terbaru mereka dengan kolaborasi siri anime popular, SPY x FAMILY. Koleksi ini akan menampilkan empat...

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

by safwan
May 19, 2022
0

Dalam sesetengah kes, watak bermula sebagai orang yang benar-benar baik, tetapi keadaan memaksa mereka ke dalam kehidupan yang jahat. Ada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In