Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shin Kamen Rider tunjukkan rupa musuh – Bat Man, Bee Woman, Man Spider & lain-lain

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Tokusatsu
0 0
0
Shin Kamen Rider tunjukkan rupa musuh – Bat Man, Bee Woman, Man Spider & lain-lain
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Shin Ultraman sedang sibuk ditayangkan di pawagam Jepun sekarang, filem Shin Kamen Rider pula sedang sibuk mengeluarkan teaser dan poster baru yang mendedahkan rupa musuh dan aksi yang kita bakal tonton.

Diarahkan oleh Hideaki Anno (Neon Genesis Evangelion), trailer di atas menunjukkan serba sedikit hubungan antara Takeshi Hongo (Kamen Rider) dan Ruriko Midorikawa, yang masing-masing dilakonkan oleh Sousuke Ikematsu dan Minami Hamabe, sambil mempamerkan beberapa adegan aksi tokusatsu akan datang.

Selain trailer, poster rasmi filem itu juga memberi sinopsis pendek tentang Shin Kamen Rider serta mendedahkan beberapa pelakon baru. Shinya Tsukamoto, Toru Tezuka dan Suzuki Matsuo akan menyertai barisan pelakon filem sebagai orang jahat, manakala Tasuku Emoto akan mengambil peranan sebagai Hayato Ichimonji atau Kamen Rider No. 2.

Man-Spider
Bat-Man
Bee-Woman
Kamen Rider No. 2 (Kanan)

Berikut adalah sinopsis filem:

Dalam Shin Kamen Rider Takeshi Hongo adalah seorang pemuda bijak yang diculik oleh organisasi rahsia, Shocker. Takeshi kemudian diubah menjadi cyborg kuat bernama Kamen Rider No. 1 dalam suatu eksperimen yang kejam.

Seorang saintis, Dr. Midorikawa, membantu Takeshi melepaskan diri dari cengkaman Shocker sebelum mereka dapat mencuci otaknya untuk menjadi tentera super. Maka, mula lah kisah Shin Kamen Rider untuk membasmi bumi daripada ancaman musuh.

Bagi mereka yang tidak tahu, filem Shin Kamen Rider dibuat sempena ulang tahun ke-50 adiwira tokusatsu Kamen Rider dan merupakan “reboot” ketiga oleh Hideaki Anno selepas Shin Godzilla dan Shin Ultraman. Buat masa sekarang, Shin Kamen Rider dijangka akan keluar pada Mac 2023. Ini adalah filem reboot.

Source: Eiga Natalie

Tags: filemShin Kamen RiderTokusatsu
Previous Post

EVA-01 & Angel akan tiba ke PUBG Mobile bersama mode baru dalam Version 2.0 Update!

Next Post

Game RPG ala anime ‘Dislyte’ kini boleh download di peranti iOS & Android

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game RPG ala anime ‘Dislyte’ kini boleh download di peranti iOS & Android

Game RPG ala anime 'Dislyte' kini boleh download di peranti iOS & Android

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd