Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ini senarai phone gaming bajet bawah RM1000 setakat Mei 2022! ML, PUBGM semua boleh!

Maira by Maira
May 13, 2022
in Android, Artikel, Berita, Mobile, Panduan, Senarai, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Ini senarai phone gaming bajet bawah RM1000 setakat Mei 2022! ML, PUBGM semua boleh!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ini sudah banyak game mobile yang seronok keluar. Kalau nak main game dekat phone, mesti ramai yang fikir perlu gunakan modal yang besar untuk membeli phone. Tidak perlu sebenarnya! Kami sediakan beberapa phone bajet dibawah RM 1000 untuk anda setakat Mei 2022. Perlu diingatkan phone bajet ini mempunyai spesifikasi minimum untuk gaming. Tanpa membuang masa, jom lihat senarainya!

vivo T1x – RM 799

Phone terbaru daripada vivo iaitu vivo T1x. Ia datang dengan chipset Snapdragon 680 berserta 8GB dengan extended 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Vivo T1x juga mempunyai paparan LCD sebesar 6.58 inci. Bateri phone ini juga besar iaitu 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Ia juga beroperasi menggunakan Funtouch OS 12 berdasarkan Android.

  • Shopee
  • Laman web rasmi

HONOR X8 – RM 899

Honor merupakan salah satu jenama phone bajet yang anda boleh dapatkan dalam pasaran, dan salah satunya ialah HONOR X8 yang telah dilancarkan pada bulan Mac lalu. Phone ini mempunyai chipset Snapdragon 680 yang boleh dijumpai dalam kebanyakan phone bajet untuk gaming. Ia juga datang dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Honor X8 mempunyai paparan LCD IPS 6.7 inci dengan kadar penyegaran 90 Hz. Baterinya tidaklah begitu besar, hanya 4000 mAh sahaja. Tetapi jangan risau kerana ia mempunyai pengecasan pantas 22.5W. Phone ini beroperasi menggunakan Magic UI 4.2, berdasarkan Android 11.

  • Shopee
  • Lazada
  • Laman web rasmi

realme 9 – RM 999

Realme 9 merupakan phone bajet yang anda boleh dapatkan dari realme. Phone ini telah dilancarkan bulan April lalu. Ia mempunyai 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Realme 9 datang dengan chipset Snapdragon 680.

Selain itu, ia juga mempunyai paparan Super AMOLED, 90Hz sebesar 6.4 inci. Baterinya juga agak besar dengan 5000 mAh dengan pengecasan pantas 33W. Sistem operasinya phone ini ialah realme 3.0 berdasarkan Android 12. Kalau anda inginkan realme 9 yang lebih murah, terdapat varian 6GB/128GB pada harga RM 899 juga.

  • Shopee (8GB/128GB)(RM 999)
  • Shopee (6GB/128GB) (RM 899)
  • Laman web rasmi

Redmi Note 11 Pro -RM 999

Redmi Note 11 Pro merupakan merupakan entri terbaru daripada Xiaomi. Dengan chipset MediaTek Helio G96 dilengkapi dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ia datang dengan paparan AMOLED DotDisplay sebesar 6.67 inci dan kadar penyegaran sehingga 120Hz.

Baterinya sebesar 5000 mAh dengan pengecasan pantas 67W. Ia menggunakan sistem operasi MIUI 13, berdasarkan Android 11. Kalau anda rasa ianya berbaloi boleh tekan link di bawah untuk terus membelinya.

  • Shopee
  • Lazada
  • Laman web rasmi

POCO M4 Pro 5G – RM 999

Siri POCO memang akan menjadi pilihan buat pemain mobile yang memerlukan phone bajet untuk bermain game kerana chipsetnya yang hebat. POCO M4 Pro 5G hadir dengan chipset dari MediaTek Dimensity 810. Ia juga mempunyai 6GB RAM dan storan sebanyak 128GB. Paparannya sebesar 6.6 inci ditambah dengan FHD DotDisplay, memberikan paparan hebat ketika anda bermain. Phone ini juga hadir dengan lima kamera.

Dengan tersedia sambungan 5G, anda tidak perlu risau mengenai kelajuan internet semasa gaming. Baterinya juga sama seperti phone sedia ada iaitu 5000mAH dengan pengecasan pantas 33W. POCO M4 Pro 5G beroperasi menggunakan MIUI 12.5 untuk POCO berdasarkan Android 11. Ia telah dilancarkan pada November 2021 dengan tanda harga RM999.

  • Shopee
  • Lazada
  • Laman web rasmi

Phone yang tersenarai mempunyai spesifikasi minimum untuk anda bermain semua game mobile. Jadi, sesiapa yang mencari phone bajet untuk bulan Mei 2022, anda boleh gunakan senarai ini. Untuk membaca liputan lanjut dari kami, sila klik pautan ini.

Tags: GamingMei 2022Phone bajet
Previous Post

Game RPG ala anime ‘Dislyte’ kini boleh download di peranti iOS & Android

Next Post

Analisis: Mengapa Mobile Legends lebih popular dari Wild Rift di Malaysia?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Analisis: Mengapa Mobile Legends lebih popular dari Wild Rift di Malaysia?

Analisis: Mengapa Mobile Legends lebih popular dari Wild Rift di Malaysia?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd