Baru-baru ini, Ubisoft telah mengeluarkan trailer baru bagi Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile semasa acara Swipe Mobile Showcase yang dianjurkan oleh GameSpot. Bersama-sama dengan trailer ini, mereka umumkan yang ujian Beta tertutup akan diadakan pada masa akan datang.
Selain itu, mereka juga akan membawa masuk map The Clubhouse daripada versi PC dan konsol ke dalam versi mobile. The Clubhouse adalah map yang sangat besar dan mempunyai banyak bahagian seperti Garage, CCTV Room, Garage Storage, Stock Room dan mungkin banyak lagi.
Untuk pengetahuan korang, game ini telah diumumkan pada awal bulan April lalu dan ia merupakan game tactical dan face-paced action. Pemain akan berdepan dalam perlawanan 5v5 Player-vs-Player (PvP) dalam mode: Attack vs. Defense.

“Attacker” akan menggunakan dron untuk mendapatkan intel dan mara melalui dinding, lantai dan siling yang boleh dimusnahkan secara strategik, manakala ‘defender’ akan menghalang semua pintu masuk dan menggunakan kamera pengintip atau perangkap untuk melindungi lokasi mereka.
Dengan menggabungkan strategi dengan kerja berpasukan, pemain akan mengalami keseronokan pertarungan jarak dekat sambil silih berganti antara menyerang dan bertahan untuk memenangi semuanya.
Pemain akan mengumpulkan pasukan “customizable” dengan operator terlatih dari universe Rainbow Six, masing-masing dilengkapi dengan set kemahiran, senjata dan gajet sendiri. Game ini juga akan memperkenalkan semula peta ikonik dari Rainbow Six Siege, termasuk Bank dan Border, serta menampilkan mode PvP seperti Secure Area dan Bomb.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa ujian beta tertutup Tom Clancy’s Rainbow Six Mobile kini dibuka untuk Android sahaja dan tiada sebarang berita mengenainya di iOS. Buat masa sekarang, mereka menjadualkan ujian tersebut akan diadakan pada musim luruh 2022 tetapi masih tidak mengumumkan tarikh rasmi bagi menjalankan ujian Beta tertutup.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post