Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII: Advent Children akan tiba di Netflix pada 1 Julai 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 29, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Final Fantasy VII: Advent Children akan tiba di Netflix pada 1 Julai 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk memulakan bulan baru, nampaknya filem animasi Final Fantasy VII: Advent Children akan tiba di platform streaming Netflix pada 1 Julai 2022! Filem ini sudah agak lama (kini berusia 17 tahun), jadi izinkan saya beri ‘recap’ kepada mereka yang lupa.

Final Fantasy VII: Advent Children ialah sebuah filem animasi CGI Jepun yang diarahkan oleh Tetsuya Nomura, ditulis oleh Kazushige Nojima, dan diterbitkan oleh Yoshinori Kitase dan Shinji Hashimoto pada tahun 2005. Dibangunkan oleh Visual Works dan Square Enix, Advent Children adalah sebahagian daripada kompilasi siri media Final Fantasy VII , yang mengisahkan dunia dan kesinambungan kepada game RPG popular pada tahun 1997, Final Fantasy VII.

Sinopsis:

Advent Children berlangsung 2 tahun selepas peristiwa Final Fantasy VII [game] di mana tiga penjahat sibuk menculik kanak-kanak yang dijangkiti dengan penyakit yang tidak dapat dijelaskan. Cloud Strife, wira daripada Final Fantasy VII, nampaknya juga menderita daripada penyakit yang sama, lalu pergi untuk menyelamatkan semua kanak-kanak itu.

Namun, dia mendapat tahu bahawa trio penjahat itu sebenarnya merancang untuk menghidupkan semula sang antagonis Sephiroth menggunakan mayat seorang penjahat dari luar angkasa bernama Jenova.

Berhadapan dengan masalah baru, Cloud dan rakan-rakan harus berjuang untuk menghalang kejahatan ini.

Memandangkan Square Enix baru sahaja mengumumkan Final Fantasy VII Rebirth (bahagian kedua untuk FF7 Remake) dan juga remaster kepada Final Fantasy Crisis Core, saya faham kenapa ramai sangat yang ‘hype’ untuk tonton Final Fantasy VII. Satu dunia sedang menggila-gilakan Cloud Strife, jadi alang-alang baik mereka keluarkan filem lamanya di Netflix.

Bukan itu sahaja, mereka yang tidak pernah berminat dengan siri Final Fantasy pun mungkin akan jatuh cinta selepas menonton Advent Children, jadi ini adalah satu pilihan yang bagus untuk mengeluarkan movie ini sekarang.

Sekali lagi saya ingatkan, filem Final Fantasy VII: Advent Children akan tiba di Netflix pada 1 Julai 2022! Untuk segala liputan kami tentang siri Final Fantasy VII, sila tekan pautan ini.

Tags: final fantasy viiFINAL FANTASY VII: ADVENT CHILDRENnetflix
Previous Post

Quantic Lab mengaku tidak salah atas kegagalan Cyberpunk 2077, masih salah CDPR sendiri

Next Post

Beta Overwatch 2 baru mula tapi ramai pemain mengadu alami masalah server

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Beta Overwatch 2 baru mula tapi ramai pemain mengadu alami masalah server

Beta Overwatch 2 baru mula tapi ramai pemain mengadu alami masalah server

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd