Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan CDPR telah menyalahkan syarikat QA, Quantic Lab kerana tidak membuat ujian QA dengan betul dan jujur untuk Cyberpunk 2077. Ini menjadi punca kepada Cyberpunk 2077 yang mempunyai banyak masalah teknikal semasa hari pelancarannya.

Berikutan dengan kejadian tersebut yang berlaku pada beberapa hari lepas, CEO Quantic Lab Stefan Seicarescu telah memberikan respons yang cukup baik dengan mengatakan “syarikat mereka sentiasa berusaha untuk bekerja dengan ketelusan dan integriti dengan rakan kongsi industri kami”.

Tetapi dia tidak menafikan secara khusus berkenaan dakwaan yang dibuat dalam video itu. Sebaliknya, Seicarescu mendakwa bahawa ketidaktepatan tentang Quantic Lab dan pencipta game nampaknya menunjukkan salah faham tentang cara proses QA berfungsi.
Selain itu, dia juga berkata yang Quantic Lab kini mempunyai seramai lebih 400 orang pekerja dan lebih daripada 60 pelanggan yang aktif. Dalam setahun, Quantic Lab telah menyokong sebanyak 200 projek daripada beberapa penerbit terkemuka global dan terus mengekalkan kualiti pada semua kerja yang mereka lakukan.

Menurut Seicaresu, dia mencadangkan bahawa terdapat beberapa pihak lain mungkin telah menyumbang kepada kualiti teruk Cyberpunk 2077 yang dikeluarkan pada Disember 2020. Dengan pelbagai masalah teknikal yang dihadapi oleh pemain Cyberpunk 2077 semasa hari pelancaran, CDPR telah menawarkan bayaran balik sekali gus mengeluarkan game tersebut daripada PlayStation Store.
Terdapat juga beberapa sumber lain berkenaan isu ini. Menurut pengguna Twitter @LegacyKillaHD, dia telah menghubungi beberapa orang yang pernah bekerja semasa Cyberpunk 2077 dibangunkan dan kesemua mereka menyangkal tentang perkara ini.
Salah seorang pekerja tersebut berkata yang “…kami tahu tentang bug yang ramai orang merungut. Ini bukanlah sesuatu yang “tidak diketahui” kepada kami. Tetapi kami tidak mempunyai masa untuk menumpukan perhatian padanya, kami berasa gila sehingga kami nipis kertas pada akhirnya.”
Dia juga berkata bahawa aspek yang lebih penting atau teknologi game telah diuji secara dalaman. Terutamanya dalam pembangunan, bug yang kompleks memerlukan penglibatan yang mendalam dengan pasukan pembangun. Peranan Quantic Lab adalah minimum dan kebanyakan isu adalah mengenai salah pengurusan CDPR sendiri.

“Apa-apa sahaja yang mengalir masuk disaring oleh QA dalaman, pengeluaran & developer sendiri. Ia tidak seperti kami bodoh & menghabiskan berjam-jam pada bug yang jelas buruk. Pihak pengurusan yang tidak mengetahui tentang bug atau isu tersebut ketawa… Mereka tahu, semua orang tahu. Mereka akan bermain game itu sepanjang hari, setiap hari.”

Jadi, selepas menerima respons daripada CEO Quantic Lab dan developer daripada CDPR, ini terbukti bahawa Quantic Lab tidak bersalah dalam hal ini sebaliknya pihak pengurusan CDPR sendiri yang salah. Walau apa sekali pun terjadi, jangan percaya kepada khabar angin yang tidak diketahui sumbernya. Yang membuat panggilan untuk melancarkan Cyberpunk 2077 dengan banyak masalah teknikal itu adalah pihak pengurusan CDPR sendiri.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post