Sempena ulang tahun ke-25 Final Fantasy VII (FF7), Final Fantasy Crisis Core juga telah mendapat versi remasternya tersendiri yang bertajuk, Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion. Ianya tidak eksklusif di mana-mana platform jadi ramai peminat FF7 akan dapat bermainnya.
Crisis Core: Final Fantasy VII Reunion ini akan tersedia di PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Tarikh rasmi masih lagi belum diumumkan tetapi dirancang untuk tiba pada musim sejuk ini. Jadi tidak tahulah jika ianya penghujung tahun ini ataupun awal tahun 2023.
Versi remaster ini akan hadir dengan model 3D baru, suara penuh untuk watak, sistem yang diperbaharui, background serta grafik UI baru, fungsi “skip” dan muzik latar yang disusun semula.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Crisis Core telah dikeluarkan pada tahun 2008 di PSP. Ianya adalah game action RPG yang dibangunkan oleh Square Enix. Ia merupakan prekuel kepada Final Fantasy VII yang dikeluarkan pada tahun 1997.
Berikut adalah serba sedikit tentang Crisis Core: Final Fantasy VII:
Game ini tertumpu pada Zack Fair, seorang ahli organisasi paramilitari SOLDIER yang ditugaskan untuk mencari SOLDIER Genesis Rhapsodos yang hilang. Semasa dia mencari Genesis, Zack menemui asal usul Genesis iaitu Projek G yang berkait dengan dua SOLDIER berpangkat tinggi lain, Sephiroth dan Angeal Hewley. Jalan cerita game ini akan membawa pemain dari peperangan antara Shinra Electric Power Company dan penduduk Wutai ke peristiwa di Nibelheim.
Alang-alang versi remaster Crisis Core tersedia di Steam, bolehlah main game ini dahulu sebelum mulakan FF7 Remake Intergrade. Anda boleh melawat laman web rasmi untuk ketahui lebih lanjut mengenai game ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Final Fantasy daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post