Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG, Turn-Based
0 0
0
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Imagineer mengumumkan bahawa game mobile turn-based RPG Medabots S akhirnya akan menerima pelancaran global di iOS dan Android.

Prapendaftaran telah dibuka di Apple App Store dan Google Play Store, di mana maklumat App Store menyenaraikan jangkaan tarikh pelancaran pada 21 Januari 2027.

Game ini asalnya diperkenalkan di Jepun pada Januari 2020 dengan tajuk Medarot S: Unlimited Nova. Pelancaran versi global bermakna pemain di Malaysia akhirnya boleh menikmati keseluruhan game ini tanpa perlu menggunakan sebarang cara rumit untuk memintas “region-lock”.

Bagi sesiapa yang membesar dengan menonton anime atau bermain game klasiknya di Game Boy Advance, Medabots S mengekalkan formula sama yang melonjakkan populariti francais tersebut.

Dalam dunia Medabots, robot peneman ini mempunyai ketinggian sekitar satu meter serta dilengkapi kecerdasan buatan dan emosi seperti manusia. Setiap unit dibina berasaskan kerangka logam dipanggil Tinpet, dipadankan dengan empat bahagian tubuh yang boleh ditukar ganti (iaitu kepala, tangan kanan, tangan kiri, dan kaki), serta dikuasakan oleh sekeping Medal yang berfungsi sebagai otak dan pembentuk personaliti robot.

Versi mobile membawa formula ini ke dalam perlawanan taktikal 3-lawan-3, dikenali sebagai “Robattle.” Pemain akan menetapkan arahan bagi setiap satu daripada tiga robot mereka, yang kemudian akan menuju ke garisan tengah atau Active Line di medan lawan sebelum melancarkan serangan, perisai, ataupun skil sokongan. Strategi memainkan peranan yang amat penting di mana memusnahkan bahagian kepala kepunyaan ketua robot pihak lawan sudah cukup untuk mendapatkan kemenangan.

Sama seperti game utama di konsol, menukar bahagian komponen adalah kunci utama untuk menewaskan pihak lawan yang susah. Pemain boleh mengumpul pelbagai jenis “part” dan Medal melalui misi serta acara dalam game, membolehkan kombinasi tanpa had mengikut keutamaan serangan, kepantasan, mahupun pertahanan. Sistem upgrade turut disediakan bagi membolehkan pemain meningkatkan kuasa komponen agar sentiasa relevan dalam fasa gameplay yang lebih mencabar.

"Medabots S", a mobile game from the Japanese robot RPG series "Medabots", is here!
Pre-registration is open starting today! ✨

👇Pre-register here
■App Storehttps://t.co/3vFM6fB3yB
■Google Playhttps://t.co/cfAn5kotrW pic.twitter.com/H4ucSvitRU

— Medabots S (Official) (@medabots_S) September 4, 2026

Versi global juga mempunyai jalan cerita sendiri yang direka khas untuk peranti mobile, di samping penampilan watak-watak ikonik terdahulu serta Medabot kegemaran ramai seperti Metabee dan Rokusho.

Tags: Medabots S
ShareTweetSend
Previous Post

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

Next Post

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd