Sudah lama peminat Final Fantasy menantikan bahagian kedua untuk game Final Fantasy VII (FF7) Remake dan livestream ulang tahun siri ini nampaknya tidak mengecewakan! Semasa livestream, peminat telah disajikan dengan trailer terbaru untuk bahagian kedua FF7 Remake yang bertajuk Final Fantasy VII Rebirth. Bukan setakat itu sahaja, FF7 Remake ini juga akan mempunyai tiga bahagian kesemuanya. Dengan pengumuman mengenai Rebirth, akan ada satu lagi entri untuk Final Fantasy VII Remake. Buat masa ini, masih tiada tarikh rasmi untuk pelancaran game ini tetapi ia akan tersedia di konsol PS5.
Sama seperti game terdahulu, FF7 Rebirth merupakan game standalone yang membayangkan semula siri ikonik Final Fantasy VII untuk era moden. Anda boleh melihat sekilas pandang tentang apa yang menanti anda melalui trailer yang didedahkan semasa livestream ulang tahun ke-25 siri. Anda juga menyaksikan Cloud dan Sephiroth merentasi kawasan yang sudah pasti dikenali oleh peminat yang bermain game original.
Memandangkan FF7 Remake Intergrade telah tersedia di PC, berkemungkinan besar Rebirth juga akan tersedia untuk semua pemain PC. Sama ada ia akan menjadi eksklusif sementara di Epic atau tersedia terus ke Steam, kita tidak tahu. Tetapi mungkin lama sedikit untuk versi PC lancar selepas pelancarannya ke konsol. Sementara menunggu, bolehlah main Crisis Core Remaster yang akan lancar nanti. Anda pasti mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai dunia FF7.
FF7 Rebirth merupakan penceritaan kedua dalam siri FF7 Remake yang menceritakan kisah ikonik daripada game RPG terkenal dalam tiga entri berbeza. Semasa FF7 Remake pertama kali dilancarkan, ia telah mendapat sambutan hangat daripada peminat dan pemain di seluruh dunia. Ia juga kini tersedia di konsol PS dan PC. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Final Fantasy 7 Remake daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post