Square Enix dan rakan pembangun Lancarse telah melancarkan trailer serba baharu untuk RPG turn-based Final Fantasy Resonance. Selain daripada video, pihak pembangun turut berkongsi maklumat baharu yang menjelaskan dunia permainan, senarai watak, sistem combat taktikal, serta kandungan sampingan pilihan.
Diumumkan pada Jun lalu, Final Fantasy Resonance merupakan judul “HD-2D” pertama dalam francais Final Fantasy yang menggabungkan seni piksel dengan persekitaran 3D moden. Dibangunkan bersama Team Asano (pencipta Octopath Traveler), game ini adalah olahan konsol kepada musim pertama RPG mobile Final Fantasy Brave Exvius. Berbeza dengan format gacha versi asal, judul ini dibina semula sepenuhnya sebagai sebuah single-player RPG tradisional. Game ini akan keluar pada 22 Oktober 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X/S, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, serta PC melalui Steam dan Microsoft Store.
Lokasi Dilmagia dan Olderion
Info terbaharu mendedahkan dua kawasan utama yang bakal diterokai pemain sepanjang pengembaraan:
- Dilmagia, the Machinopolis: Sebuah kota keluli serba maju dan tempat lahirnya teknologi kapal terbang. Bandar ini merupakan tanah air bagi “Cid” pertama; seorang jurutera legenda yang membina airship pertama di dunia. Seiring waktu, nama “Cid” tidak lagi merujuk kepada seorang individu sahaja, sebaliknya menjadi gelaran penghormatan yang dianugerahkan kepada jurutera terbaik bagi setiap era.

- Olderion, the Aquapolis: Ibu kota Olderion Federation yang diberkati dengan sumber air yang jernih bagai kristal. Dikawal rapi oleh puak Wardens of the Waters, bandar ini dilindungi oleh doa daripada Water Maiden serta perlindungan daripada esper yang disembah sebagai dewa air tempatan. Sebelum teknologi airship berkembang pesat, Olderion pernah menjadi sebuah hab pengangkutan laut yang sibuk dan peneraju dalam industri pembinaan kapal.

Rakan Seperjuangan dan Musuh
Kami turut dikenalkan kepada barisan watak utama dan antagonis dalam jalan cerita, bersama pelakon suara mereka bagi versi bahasa Inggeris dan Jepun:
- Lid (disuarakan oleh Elsie Lovelock / Ayaka Ohashi): Jurutera airship berbakat dari Dirnado yang sudah biasa membantu di bengkel keluarganya sejak kecil lagi. Kepakarannya yang tinggi dalam bidang mekanikal menjadikannya calon utama untuk mewarisi gelaran “Cid” di Dilmagia. Lid bertarung bersama Mechabo, sebuah chocobo mekanikal ciptaannya sendiri. Pemain boleh menyelesaikan subquest khas untuk membuka skill baharu dan menguatkan Mechabo.

- Nichol (disuarakan oleh Khoi Dao / Tsubasa Yonaga): Pakar strategi bijak bagi Olderion Federation. Dibesarkan dalam keluarga Wardens of the Waters, semangat Nichol untuk mempertahankan tanah airnya jauh melebihi sesiapa pun. Walaupun dia seorang yang sangat taktikal, objektif, dan sentiasa fokus kepada gambaran keseluruhan, dia sering kali terjebak dalam masalah dan kerenah yang ditimbulkan oleh Rain dan rakan-rakannya.

- Veritas of the Heavens (disuarakan oleh Ricco Fajardo / Show Hayami): Salah seorang ahli kumpulan jahat “Sworn Six of Paladia.” Sukar dijangka dan mustahil untuk ditandingi, dia tekad memusnahkan Crystal, sambil menguasai ruang udara menggunakan tombak serta teknik serangan berunsurkan angin.

- Veritas of the Waters (disuarakan oleh Colleen Clinkenbeard / Kana Hanazawa): Seorang lagi ahli Sworn Six yang angkuh, bersemangat membara, dan kejam. Dia sanggup menggunakan apa sahaja taktik kotor demi memusnahkan Crystal, sambil menggunakan sihir air untuk menewaskan musuh.

Membebaskan Kuasa Visions
Sistem combat utama sangat bergantung kepada Visions; iaitu pati kristal para wira legenda daripada dimensi Final Fantasy lain yang akan berjuang bersama Rain dan rakan-rakan apabila kristal mereka dilengkapi.

- Melengkapkan kristal-kristal ini membolehkan pemain menggunakan sihir dan skill unik daripada watak-watak legenda tersebut.
- Semakin erat hubungan anda dengan sesuatu Vision, semakin banyak skill dan kebolehan mereka yang dapat dipakai.
- Sekiranya berjaya melakukan Stagger terhadap kesemua musuh dalam satu pusingan, anda boleh melakukan Resonance bersama Vision untuk melancarkan serangan kombinasi yang dahsyat.
- Kristal Vision boleh diperoleh dengan mengunjungi Sanctums of Light yang dibina di serata dunia.

Antara watak Vision yang diperkenalkan ialah Aileen, seorang tukang besi yang mahir bertarung dan mencipta senjata. Dia juga pakar dalam melemahkan pertahanan musuh menggunakan serangan Pilebunker miliknya. Selain membantu dalam combat, Aileen boleh mencipta senjata kuat sekiranya pemain membawakannya Adamantite; bahan rare yang boleh ditemui dalam peti harta karun di makam purba atau sebagai ganjaran kandungan sampingan.

Beberapa wira ikonik Final Fantasy yang turut hadir sebagai Visions termasuklah:
- Cecil (FFIV): Bekas kapten armada Red Wings. Dia menggunakan serangan elemen cahaya dan kegelapan, serta mampu mempertahankan dan memulihkan ahli kumpulan, menjadikannya watak yang sangat serba guna.

- Bartz (FFV): Seorang pemuda yang mengembara bersama chocobo kesayangannya, Boko. Dia menggunakan pedang yang diselaputi sihir api serta ais, dan mampu stagger musuh dengan mudah.

- Squall (FFVIII): Calon untuk SeeD… sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi membebaskan dunia daripada ahli sihir jahat. Lebih kerap dia menggunakan serangan fizikal biasa dalam combat, lebih tinggi damage yang dihasilkan.

- Zidane (FFIX): Ahli kumpulan teater dan pencuri, Tantalus. Pencuri berjiwa murni ini bukan sekadar mencuri barang, malah mampu menyerap kelajuan serta kekuatan musuh untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri.

- Tidus (FFX): Pemain Blitzball terkenal dari Zanarkand. Dia mampu mengubah dinamik pertarungan dengan meningkatkan kelajuan party menggunakan sihir Haste, sebelum menyerang bertubi-tubi dengan elemen angin dan air untuk menghasilkan stagger.

Menyeru Esper yang Gagah
Sepanjang pengembaraan, anda akan mendapat bantuan daripada Espers; entiti hebat yang akan membantu pertarungan selama tiga pusingan sebelum melancarkan serangan penamat:
- Ifrit: Rupa parasnya yang bertanduk sudah cukup menggerunkan, namun abiliti “Hellfire” miliknya yang membakar hangus semua musuh dengan elemen api.

- Shiva: Nymph berambut panjang ini membekukan dan memusnahkan semua musuh menggunakan serangan ais “Diamond Dust”.

- Titan: Colossus yang terkurung sekian lama ini akan melancarkan “Gaia’s Wrath” untuk memberikan damage elemen tanah kepada semua musuh.

Minigame dan Kandungan Endgame
Khas buat pengumpul ganjaran, game ini menyediakan pelbagai aktiviti serta kandungan berlevel tinggi yang mencabar:
- Aktiviti & Minigame: Cari serpihan tablet yang bertaburan di seluruh dunia untuk ditukarkan dengan barangan berguna. Selain itu, anda boleh mencuba minigame menarik di setiap bandar seperti menguji koordinasi masa dengan bermain lompat tali, atau menangkap Moogle yang lincah dalam permainan “Mog Tag”.

- The Colosseum: Hadapi musuh-musuh yang mencabar untuk memenangi ganjaran dan barangan berharga. Semakin kuat musuh yang dikalahkan, semakin hebat ganjaran yang menanti. Di peringkat liga yang lebih tinggi, anda bakal berhadapan dengan nama-nama ikonik paling digeruni dalam sejarah siri Final Fantasy.

- The Twelve Legendary Arms: Senjata-senjata ini merupakan antara yang paling berkuasa di dunia, namun hanya boleh diperoleh selepas anda menumpaskan raksasa kejam yang mengawalnya. Jika buntu mencari lokasinya, lawat Chamber of Arms untuk mendapatkan klu.

Untuk maklumat tambahan, anda boleh merujuk artikel kami yang lama.








Discussion about this post