Gryphline secara rasmi melancarkan update Version 1.4 untuk Arknights: Endfield. Selepas hampir enam bulan, update ini dibawa sempena sambutan ulang tahun setengah tahun yang menampilkan pengakhiran kepada jalan cerita utama, dua watak baharu, penambahbaikan sistem automasi kilang, serta sokongan perkakasan yang lebih optimum.
Tumpuan utama update ini adalah penamat kepada story arc Wuling. Pemain boleh meneroka dua peta baharu, iaitu Yinglung Pass dan North Wuling Exclusion Zone. Babak terakhir membawa kita semula ke tanah yang musnah sedekad lalu akibat bencana besar yang dikenali sebagai Very Large Rift.
Watak Baharu: Arcane dan Liino
Update ini membolehkan pemain merekrut dua Operator baharu:
- Arcane: Kapten bagi Yinglung Special Task Force yang memegang peranan penting dalam jalan cerita baharu. Sebagai caster, gaya lawannya berubah secara dinamik mengikut atribut Intellect (INT) dan Will (WILL). Ciri ini membolehkan pemain membentuk Arcane sama ada sebagai penyumbang damage area-of-effect yang pakar dalam Corrosion, mahupun sebagai unit support elemen yang fleksibel.
- Liino: Bintang idola sedang meningkat naik yang dikenali sebagai “Morning Star of La Fantoma”. Selepas hilang secara misteri sebelum konsertnya di Valley VI, Liino kini hadir sebagai Electric supporter yang menggunakan stance Vocalist dan Cosmovoice untuk memberikan boost attack dan healing berterusan kepada pelbagai komposisi pasukan elemen tanpa mengganggu skill rotation.

Peningkatan Automated Industry Complex (AIC)
Sistem AIC menerima penambahan besar pertamanya. Update ini memperkenalkan “gas” sebagai bentuk bahan industri baharu di samping pepejal dan cecair, termasuk membawa jentera, teknologi, serta barisan produksi baharu.
Pemain boleh mengumpul gas seperti Inergen serta Xiragen dan menukar bentuk bahan-bahan tersebut. Proses berasaskan gas membolehkan pemain melangkau beberapa langkah produksi tradisional. Sebagai contoh, pemain kini boleh menghasilkan Xiranite terus daripada Carbon dan Clean Water dalam persekitaran Inergen. Proses ini memotong tiga fasa jentera perantara, sekali gus membolehkan susun atur kilang dibina dengan lebih padat.
Peningkatan Visual dan Sokongan PS5 Pro
Selain menyokong ciri khusus untuk PC seperti Nvidia DLSS 4.5 dan AMD FSR 3, Gryphline turut memasukkan PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) yang dipertingkatkan untuk PlayStation 5 Pro.
PSSR versi naik taraf menawarkan kualiti imej yang lebih tajam, kestabilan temporal yang lebih baik, serta prestasi lebih lancar. Ini membantu mengekalkan frame rate tinggi pada resolusi 4K.
Acara Dalam Game dan Ciri Akses Awal
Bagi memudahkan pemain baharu menikmati kandungan terkini, Gryphline telah menambah ciri early-unlock. Pemain yang selesai menjalani fasa awal jalan cerita utama Chapter One boleh mengakses misi Wuling serta-merta tanpa mengganggu kemajuan Chapter One. Mekanik penerokaan dan tahap musuh di Wuling akan dilaraskan secara dinamik mengikut tahap semasa pemain.
Arknights: Endfield Ver. 1.4 turut menambah beberapa acara combat kekal dan bermusim. Antaranya ialah “Echoes of War” yang menawarkan peringkat cabaran bergilir dengan tahap kesukaran serta gelaran bermusim yang boleh dipaparkan. Selain itu, “HEAT RAGE! MEGA ARENA!” mencabar pemain untuk bertarung menggunakan gandingan skuad dua watak. Peta teka-teki serta aktiviti penerokaan lain seperti “The Rooted Realm” dan “Delver of the Cryptic” melengkapkan lagi gameplay loop dalam update ini.
Ganjaran Setengah Tahun
Bagi menghargai sokongan peminat sepanjang enam bulan pertama, Gryphline menawarkan pelbagai ganjaran sambutan:
- Acara log masuk tiga hari “Tribute of Companionship” yang menawarkan 3,000 Oroberyl, 5 Basic Headhunting Permit, serta senjata 6-star Farsight secara percuma.
- Pakej yang mengandungi 2,000 Oroberyl dan pelbagai bahan peningkatan.
- Sebanyak 14 percubaan untuk acara “Fortune Connect-and-Win” yang menjamin sekurang-kurangnya 5,000 Oroberyl serta bahan tambahan.
- Dua acara log masuk 7 hari yang memberikan ganjaran sebanyak 10 limited Headhunting Permit (5 permit bagi setiap satu).
Arknights: Endfield boleh dimainkan secara free-to-play di PC (melalui Epic Games Store dan launcher rasmi), PlayStation 5, iOS, serta Android.








Discussion about this post