FromSoftware telah mengumumkan tarikh permulaan rasmi “Closed Network Test” bagi game aksi multiplayer The Duskbloods. Server untuk game eksklusif Nintendo Switch 2 ini akan dibuka dari 21 hingga 23 Ogos 2026. Sesi pendaftaran pula akan bermula pada 22 Julai 2026.
Di bawah arahan Hidetaka Miyazaki, The Duskbloods beralih daripada genre aksi fantasi gelap single-player yang menjadi identiti FromSoftware. Berlatarkan era apokalips “Twilight of Humanity,” game PvPvE kompetitif ini memuatkan sehingga lapan orang pemain dalam satu-satu masa. Pemain akan mengawal “Bloodsworn” (iaitu watak vampire dari pelbagai era dengan abiliti luar biasa serta senjata unik) sambil bertarung bagi merebut sumber penting dikenali sebagai “First Blood”.
Oleh sebab game ini masih dalam fasa pembangunan, FromSoftware mengingatkan para pemain bahawa isu pepijat dan gangguan sambungan mungkin akan berlaku sepanjang tempoh ujian tersebut.
Berikut adalah jadual penuh bagi The Duskbloods “Closed Network Test”, mengikut waktu Malaysia:
- Jumaat, 21 Ogos
- 6:00 p.m. hingga 10:00 p.m.
- Sabtu, 22 Ogos
- 10:00 a.m. hingga 2:00 p.m.
- Ahad, 23 Ogos
- 2:00 a.m. hingga 6:00 a.m.
- 6:00 p.m. hingga 10:00 p.m.
- Isnin, 24 Ogos
- 10:00 a.m. hingga 2:00 p.m.
Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web rasmi FromSoftware bermula 22 Julai. Sila ambil perhatian bahawa langganan Nintendo Switch Online yang aktif diperlukan untuk menyertai ujian ini. The Duskbloods akan dilancarkan pada penghujung tahun 2026.








Discussion about this post