Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Attack on Titan: The Last Attack Menjanjikan Babak Post-Credit Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 4, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Attack on Titan: The Last Attack Menjanjikan Babak Post-Credit Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Attack on Titan boleh bergembira kerana pihak produksi rasmi untuk siri anime ini mengumumkan satu perubahan menarik untuk filem akan datang, Attack on Titan The Movie: THE LAST ATTACK. Filem ini, yang merupakan kompilasi bagi Attack on Titan Final Season THE FINAL CHAPTERS, akan menampilkan babak post-credit serba baharu yang belum pernah ditayangkan sebelum ini, menambah kandungan baru pada penutup ceritanya.

◢◤現在公開可能な情報◢◤
― ポストクレジットシーン ―

映画やゲームのエンドクレジット後の映像。
劇場版「進撃の巨人」完結編THE LAST ATTACKで
新規追加される。
その映像の内容は未だ不明である。

ぜひ、劇場で
あなたの目でお確かめください#shingeki #THELASTATTACK #進撃劇場 pic.twitter.com/TTjA4MHgEx

— アニメ「進撃の巨人」公式アカウント (@anime_shingeki) November 1, 2024

Akan ditayangkan di pawagam Jepun pada 8 November, Attack on Titan: The Last Attack adalah versi “kemas kini” daripada dua bahagian terakhir musim finale siri tersebut. Filem ini menggabungkan Part 1 dan 2 daripada Attack on Titan Final Season THE FINAL CHAPTERS, yang asalnya ditayangkan sebagai episod 88 hingga 94.

Berdurasi 145 minit, filem ini lengkap dengan bunyi surround 5.1 dan animasi yang lebih kemas untuk pengalaman lagi sinematik. MAPPA, studio yang mengambil alih daripada Wit Studio selepas musim ketiga, akan meneruskan penglibatannya dalam projek baru ini bersama Yuichiro Hayashi sebagai pengarah.

Rumusan post-credit original

Kredit: Ⓒ諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Bagi mereka yang terlepas, babak post-credit original untuk finale siri ini memfokuskan kepada kubur Eren Jaeger, di mana Mikasa Ackerman dan ahli Scout Regiment lain melawatnya dari semasa ke semasa selama bertahun-tahun.

Akhirnya, naratif melompat ke masa depan, yang menggambarkan dunia di mana bangunan-bangunan didirikan di sebalik pokok yang menandakan kubur Eren, tetapi kemudian musnah akibat peperangan.

Selepas masa berlalu, Flora dan fauna mengambil alih bangunan-bangunan yang musnah itu, dan seorang budak lelaki misteri, ditemani oleh seekor anjing, menjumpai sebatang pokok tinggi yang menyerupai pokok yang ditemui oleh Ymir a.ka. Founding Titan.

Kredit: Ⓒ諫山創・講談社/「進撃の巨人」The Final Season製作委員会

Dengan tambahan babak post-credit baru dalam Attack on Titan: The Last Attack, ramai peminat tertanya-tanya jika ia akan memberi kejutan baru. “Adakah ia akan memberikan kesimpulan yang lebih memuaskan atau adakah ia akan membuka jalan bagi projek anime/manga baru dalam alam semesta Attack on Titan?”

Walaupun butiran tepat masih dirahsiakan, peminat boleh menjangkakan konklusi yang epik pada kisah Attack on Titan secara keseluruhan.

Tags: Attack on TitanAttack on Titan: The Last Attack
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Prekuel ‘Mobile Suit Gundam Seed FREEDOM ZERO’ Diumumkan!

Next Post

Interviu Honor of Kings – Level Infinite Berkongsi Rancangan 2025, Visi Ke Olimpik & Menyatukan Pemain Secara Global!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Interviu Honor of Kings – Level Infinite Berkongsi Rancangan 2025, Visi Ke Olimpik & Menyatukan Pemain Secara Global!

Interviu Honor of Kings - Level Infinite Berkongsi Rancangan 2025, Visi Ke Olimpik & Menyatukan Pemain Secara Global!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd