Sunrise telah memperkenalkan projek yang menarik dalam francais Gundam: iaitu prekuel anime baharu bertajuk Mobile Suit Gundam Seed FREEDOM ZERO. Pengumuman ini dibuat semasa acara tayangan khas untuk filem Mobile Suit Gundam Seed FREEDOM, yang telah mencipta kejutan sebagai filem Gundam dengan kutipan tertinggi di Jepun.
Semasa acara itu, yang turut menampilkan pengarah Mitsuo Fukuda, penerbit Hisakazu Naka, dan pelakon suara Sōichirō Hoshi (dikenali sebagai suara bagi watak utama Kira Yamato), pasukan tersebut mendedahkan butiran mengenai sejarah prekuel itu.
◤ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄◥
— 機動戦士ガンダムSEEDシリーズ (@SEED_HDRP) November 1, 2024
『#SEEDFREEDOM』の前日譚
『機動戦士ガンダムSEED FREEDOM ZERO』
🌱制作決定🌱
◣__________________◢
特別版上映第2弾
映画本編ラストにて‟特報映像“を解禁。
続報をお楽しみにお待ちください。#ガンダムSEED pic.twitter.com/ubGxlO1lXG
Menarik sekali, skrip untuk SEED FREEDOM ZERO telah ditulis oleh penulis skrip Chiaki Morosawa dan Shigeru Morita sejak dua dekad lalu semasa perancangan untuk Gundam Seed FREEDOM.
Menurut Fukuda, skrip itu telah siap selama 20 tahun, dan hampir separuh daripada papan cerita telah disiapkan, malah mendahului papan cerita filem Gundam Seed FREEDOM yang terkini.
Pada mulanya, SEED FREEDOM ZERO dikonsepkah sebagai original video animation (OVA), namun ia disimpan selama bertahun-tahun. Kini, pasukan produksi sedang mempertimbangkan cara terbaik untuk mempersembahkan prekuel yang telah lama dinantikan ini kepada peminat siri.
Gundam Seed diiktiraf sebagai salah satu siri paling berpengaruh dalam francais Gundam, pertama kali menarik perhatian penonton dengan tayangan TV sebanyak 50 episod yang bermula pada tahun 2002. Ia memperkenalkan naratif baru berlatarkan “Cosmic Era,” berbeza daripada konflik tradisional antara Earth Federation dan Principality of Zeon.
Dalam alam semesta ini, manusia terbahagi kepada dua subspesies berbeza: Naturals, yang tinggal di Bumi, dan Coordinators, manusia yang telah diubah secara genetik yang tinggal di koloni orbit buatan untuk mengelakkan penganiayaan.
Ceritanya berkisar pada Kira Yamato, seorang Coordinator muda yang terlibat dalam perang antara kedua-dua puak ini apabila koloninya yang bersifat neutral diserang.

Siri sekuel, Mobile Suit Gundam Seed Destiny, disiarkan pada tahun 2004, mengekalkan kejayaan dengan 50 episod lagi. Siri-siri ini menjadi asas kepada filem hit 2024, Mobile Suit Gundam Seed FREEDOM.
Mobile Suit Gundam Seed FREEDOM ditayangkan di Jepun pada 26 Januari dan mendominasi carta box office. Ia telah menjual lebih 634,000 tiket dan meraih kutipan sebanyak 1.065 bilion yen (kira-kira RM30 juta) pada hujung minggu pembukaannya, mencipta rekod baharu bagi debut tiga hari francais ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post