Kemaskini terbaru dari Square Enix untuk Kingdom Hearts III akan tiba tak lama lagi. Seperti yang diumumkan di Twitter, ia akan hadir pada 23 April ini. Mode kesukaran terbaru tersebut ialah Critical mode, di mana ianya lebih sukar dan berada atas daripada Proud mode. Ini bermaksud, serangan yang diterima oleh pihak musuh akan jadi lebih kuat, HP dan AP akan jadi terhad dan banyak lagi. Pendek kata, ia adalah mode kesukaran yang paling susah.
Greetings, it’s been a while since I last posted. Spring is here, and I hope everyone is doing well. #KingdomHearts III's long-awaited Critical Mode is available as a free update tomorrow (PT).
We’ve changed things up from the previous games, so I hope you enjoy – Nomura pic.twitter.com/Npz8FeKmCK
— KINGDOM HEARTS (@KINGDOMHEARTS) April 22, 2019
Mode Critical ini adalah percuma untuk semua pemain, namun masih tiada masa tetap yang diberikan untuk keluaran kemaskini tu. Pengarah francais tersebut, Tetsuya Nomura mengumumkan di Twitter akan kemaskini itu dan berkata:
“Kami telah mengubah beberapa perkara dari game sebelum ini dan harap pemain dapat menikmati bermainnya – Nomura”
Kingdom Hearts 3 telah terjual 5 juta salinan pada minggu pertamanya, meletakkan ia pada permainan video terlaris untuk bulan Januari. Kami juga ada membuat ulasan mengenai game ini. Game ini hanya tersedia untuk Xbox One dan PS4 sahaja!
Sumber: Twitter Kingdom Hearts
@gamersantaimy
Discussion about this post