Sebentar tadi di showcase Capcom, mereka telah berkongsikan acara kerjasama pertama Monster Hunter Rise dalam kemaskini versi 3.1 akan tiba pada hari Jumaat ini, bersama berita mengenai demo Monster Hunter Stories 2:Wings of Ruin pada 17 Jun. Siri spin-off RPG Capcom ini akan tiba di Nintendo Switch dan PC pada 9 Julai nanti dan akan menerima Palamute, dari Rise yang akan menjadi rideable Monstie dalam game itu.
https://www.youtube.com/watch?v=w38WMdQQqdA
Capcom menyatakan kemaskini versi 3.1 adalah kolaborasi pertama Rise dan Monster Hunter Stories 2 membolehkan pemain membuka layered armoured baru yang akan menukar Palico menjadi Felyne Tsukino dari game ini. Kemaskini versi 3.1 Rise akan tiba pada 24 Jun nanti dan akan membawa lima event quest baru, iaitu Almudron: Fashion Victim, Fooled in the Flooded Forest, Rampage: Muddi Gras, Heart of a Hero, dan An Icy Blade So Bright bersama pelbagai ganjaran menarik untuk para pemain.
Tambahan pula, pemain bakal menerima Black Leather Legs armour, gesture Play Possum, Shadow Shades armour, dan stiker Festival Set. Pelbagai DLC berbayar juga akan tersedia seperti dalam trailer yang dikongsikan oleh Capcom di acara tersebut. Pemain juga boleh menantikan ketibaan kemaskini percuma akan datang, yang menjanjikan event quest baru, kolaborasi antar Rise dan Stories 2, serta DLC pada bulan Julai dan Ogos nanti.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai berita ini, anda boleh layari ke laman rasmi Monster Hunter. Bagi mereka yang berminat untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post