Capcom hari ini telah mendedahkan trailer baru untuk The Great Ace Attorney Chronicles bersama dua gameplay yang sebelum ini hanya eksklusif di Jepun. Trailer baru ini juga memfokuskan kepada beberapa ciri baru yang akan tersedia di The Great Ace Attorney Chronicles.
Di dalam trailer yang dikongsikan Capcom, ianya memfokuskan bagaimana siasatan akan berjalan di The Great Ace Attorney Chronicles. Herlock Sholmes, detektif terbaik dari London memberi pemain beberapa tool baru yang menarik. Dalam Dance of Deduction, pemain perlu menyelesaikan situasi yang mencurigakan untuk melihat objek dan butiran nota. Setelah Sholmes memecahkan logik pada kejadian itu, pemain akan memperbaikinya dengan bukti dan pembetulan yang akan membawa kepada kebenaran.
Gameplay mahkamah ikonik francais turut diperbaharui dalam game ini. Berbanding sebelum ini, pemain perlu berusaha untuk meyakinkan hakim di mahkamah, para juri kini berdiri di hadapan pemain. Sebagai sebahagian daripada ciri Summation Examination, pemain akan mengambil kenyataan dari juri untuk mengadili keputusan mereka dan boleh memperbaiki kekurangan yang ada dalam pernyataan.
The Great Ace Attorney Chronicles masih lagi mengekalkan gaya teriakan “Objection!” dan animasi over-the-top sebagai kes pendakwa raya yang berlainan dibahas secara berasingan. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami sepanjang acara E3 2021, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post