Hari ini di showcase Capcom semasa acara E3 2021, mereka telah mengumumkan bahawa Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin akan menerima versi demo pada 25 Jun ini. Game dari siri francais Monster Hunter ini bakal dilancarkan pada 9 Julai nanti dan tersedia untuk platform PC serta Nintendo Switch.
Dalam showcase tersebut juga, Capcom telah berkongsikan sebuah trailer baru untuk game yang menunjukkan pandangan paling komprehensif buat masa ini. Antara yang didedahkan dalam trailer baru ini ialah gameplay untuk sistem pertempuran, dan naratif penceritaan yang semakin menarik.
Di Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin, anda akan bermain sebagai Red yang telah mewarisi seekor anak Rathalos, yang dikatakan bakal membawa kemusnahan kepada dunia. Tema utama dalam game ini adalah kemampuan pemain dalam menjalinkan hubungan dengan monster tanpa perlu menyembelih mereka bagi mendapatkan baju besi yang hebat. Berkawan dengan monster mungkin bukanlah sesuatu yang biasa anda akan lihat oleh watak lain game ini.
Nantikan ketibaan Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin versi demo pada 25 Jun ini dan ketibaan pelancarannya pada 9 Julai nanti. Untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post