Ubisoft mengumumkan kemasukan seterusnya dalam siri Rainbow Six Tom Clancy hari ini, iaitu Rainbow Six: Quarantine, game co-op tiga orang pemain dengan tindakan taktikal. Ia bakal hadir untuk PC, Xbox One, dan PlayStation 4 pada tahun 2020.
Penerbit mendedahkan permainan ini dengan sebuah trailer yang menunjukkan pemain rebah jatuh di atas lantai. Di tepi penglihatan pemain, kita dapat melihat pergerakan, tetapi watak itu juga hanya dilihatkan dengan lengan mereka. Tiba-tiba, dua pemain lain mendekati dan menghidupkan semula rakan mereka yang jatuh.
Maklumat lanjut masih belum diperincikan, tetapi ia adalah permainan standalone yang terpisah dari Rainbow Six Siege walaupun masih mengekalkan persamaan watak yang ada. Korang boleh mendaftar sekarang di laman web Rainbow Six: Quarantine, yang akan memberikan lebih maklumat mengenai game ini dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post