Ubisoft baru sahaja mengumumkan permainan mudah alih baru, yang dinamakan Tom Clancy’s Elite Squad untuk pengguna mobile. Skuad Elite akan memasukkan watak-watak dari pelbagai permainan Tom Clancy, termasuklah Sam Fischer dari Splinter Cell, Montagne, Caveira, Echo dan banyak lagi dari Rainbow Six: Siege.
- Semua Watak Kegemaran Dalam Siri Tom Clancy’s Tersedia Di Hujung Jari Anda
Buat kali pertama dalam francais, pemain akan dapat memilih pahlawan dan penjahat dari Rainbow Six®, Ghost Recon®, The Division®, Splinter Cell®.
- Pertempuran dalam masa sebenar 5VS5
Pimpin skuad anda dalam pertempuran menembak 5vs5 dinamik pada peta ikonik dari dunia Tom Clancy. Hasilkan arahan strategik dengan masa yang tepat untuk mengalahkan skuad lawan anda.
- Bina Satu Skuad Yang Paling Ditakuti
Melatih, melengkapkan & menaik taraf pasukan korang dengan beratus-ratus senjata dan gear yang berbeza untuk menghasilkan potensi yang penuh pada watak ketika berada di medan perang.
- Framework Yang Kompetitif
Cabar pemain lain di PvP arena untuk mencapai leaderboard yang teratas. Himpunkan rakan sepermainan dan emain lain untuk bergabung dalam pasukan Guild Wars yang epik.
- Mode PVE Terbaru
Alamilah situasi tindakan yang mendebarkan dalam mod kempen, dengan jalan cerita yang unik, di mana korang perlu menghadapi ancaman baru untuk menyelamatkan dunia.
Bakal hadir pada peranti iOS dan Android. Bagi yang berminat, boleh pre-register sekarang di Elite Squad.
@gamersantaimy
Discussion about this post