Baru sahaja semalam isu kontroversi Dr.Disrespect kami kongsikan mengenai Twitt nya menyatakan mobile gamer bukannya gamer sebenar, kini sekali lagi dia buat perangai!
Dr. Disrespect Menyatakan Mobile Gamer bukannya Gamers Sebenar!
Saluran Twitch Dr Disrespect kini tidak dapat diakses dan ia dilaporkan kerana dia buat live stream dalam tandas! Pekara tu menyinggung ramai pihak dalam talian dan melanggar syarat perkhidmatan Twitch terutamanya klausa yang melarang penciptaan atau memuat naik kandungan yang “menyerang privasi atau hak publisiti”. Melanggar dasar polisi terhadap gangguan akan menyebabkan akaun digantung. Bergantung pada tahap keterukan kesalahan itu, pelecehan boleh dihentikan selama-lamanya pada pelanggaran pertama.
Menerusi Kotaku, satu video menunjukkan Dr.Disrespect berjalan ke dalam tandas awam dan menguncikan dirinya dalam booth tandas ketika live stream dan beribu peminat menontonya! Kemudian menjerit perkataan “Bodyguard!”. Jadi sebab itu, dia dikatakan tidak menghormati peminat.
Tidak lama selepas itu, Twitch Dr. Disrespect terus hilang dan ia kini tidak boleh diakses. Menurut laporan Kotaku yang terbaru, seorang penilai ESA memberitahu dalam e-mel bahawa organisasi itu telah membatalkan lencana E3 Dr. Disrespect. Dia kini telah memulangkan lencana akses E3nya.
Tula suka sangat buat kontroversi, kan dah makan diri! Apa-apa kemaskini lagi kami akan bagitahu k!
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post