Dr. Disrespect antara streamer terkenal di Twitch ini nampaknya sekali lagi mencetus kontroversi apabila membuat tweet dalam Twitternya mendakwa bahawa “pemain mudah alih bukan pemain yang sebenar.” Tweet nya kini mendapat 86.6k suka dan di retweet sebanyak 13.2k. Yang menjadi perhatian, apabila beberapa personaliti e-sports terkemuka dan pemain kasual turut bercanggah mengenai penyataan itu
Mobile gamers aren’t real gamers.
— Dr Disrespect (@DrDisrespect) June 10, 2019
Menjadi tanda tanya apabila Dr. Disrespect atau nama sebenarnya Herschel “Guy” Beahm IV membuat tweet ini hanya untuk kontroversi semata-mata atau sengaja menunjuk watak tidak menghormatinya itu. Pertubuhan e-sports terkemuka di dunia iaitu Fnatic bertindak untuk mempertahankan pemain mudah alih dan beberapa orang datang ke hadapan dengan alasan bahawa komuniti permainan tidak boleh mendiskriminasi salah satu pasaran terbesar yang dimilikinya.
For our last fifteen years, it's been nothing but a pleasure to be a part of an ever-evolving and growing industry. We now share a passion with more gamers than ever.
Regardless of platform, favourite game or even favourite team, this shared passion inspires us.
Bye now.
— FNATIC (@FNATIC) June 10, 2019
Tidak habis disitu, NiPGaming masih tidak berpuas hati dengan kenyataan Fnatic yang memberi sokongan terhadap pemain mudah alih dan Fnatic membalas nya dengan teliti.
There's a great competitive scene for Rules of Survival in SEA.
Clash Royale is ready for its best competitive season yet.
PUBG Mobile has introduced us to some amazingly passionate new regions already.
Arena of Valor is always scratching our MOBA itch at lunchtimes!
GL, guys
— FNATIC (@FNATIC) June 10, 2019
Terdapat juga Gank Judgement dan Choco Taco yang membalas tweet Dr. Disrespect dengan cara yang agak sarkastik untuk menolak bantahan tersebut.
but just to confirm, you do have a phone dont you?
— chocoTaco (@chocoTaco) June 10, 2019
Pretty sure mobile makes up half of the gaming market revenue. The other half is spilt by pc and console so like you are in the minority of gamers.. how does that feel? pic.twitter.com/UhTHEUFHyb
— Judgement (@AIMJudgement) June 10, 2019
Tapi Dr. Disrespect nampaknya belum membalas kesemua Tweet tersebut. Dengan semua kekecohan mengelilingi tweet, adalah penting untuk diingat bahawa Dr. Disrespect adalah personaliti hiburan. Walaupun pendapatnya mempunyai capaian yang besar dan tidak boleh diturunkan sama seperti lakonan yang dilakukan oleh wrestler WWE untuk menarik peminat dan mendapatkan pendapatan. Mungkin ini adalah satu tweet yang boleh kita ambil endah tak endah. Sebab kalau kekal bercanggah mengenai ini, dah pasti banyak pihak yang tidak akan berpuas hati.
Jadi apa pendapat korang, relevan tak relevan pemain mudah alih ni digelar sebagai ‘Real Gamers’? Bagi kami pulak semua yang main game adalah gamers! Buat apa nak gaduh pasal benda-benda cam ni kan!
@gamersantaimy
Discussion about this post