Siaran langsung terbaru untuk Resident Evil 3 Remake telah berakhir dengan cara yang agak ngeri, tetapi sekurang-kurangnya ia memberitahu kami status untuk demo akan datang. Dihoskan oleh pengurus komuniti Kat “Katastrophe,” siaran langsung bermula dengan trailer Nemesis yang mempamerkan jalan cerita permainan dan sesi pertempuran sengit. Selepas itu, Katastrophe menampilkan gameplay RE3 Remake di pusat bandar Racoon City untuk versi PS4.
Katastrophe bermula dengan mempamerkan pisau, ciri “dodging” yang diperbaharui, dan keupayaan untuk melepaskan diri daripada zombie dengan permainan QTE. Siaran langsung ini kemudian memberi fokus kepada reka bentuk baru Jill Valentine yang menggabungkan reka bentuk asal dengan beberapa elemen yang lebih moden dan praktikal. Siaran langsung ini sangat-sangat bebas daripada spoiler. Tidak ada puzzle, tidak ada barang menarik untuk dikutip, dan sebahagian besar persekitaran tidak diterokai dengan sepenuhnya. Kami hanya boleh melihat mekanik permainan sahaja!
Katastrophe kemudian mengalih perhatian penonton kepada butiran-butiran di alam sekitar. Kini, alam sekitar boleh digunakan untuk membunuh zombie. Antara contoh ialah seperti memusnahkan penjana elektrik atau meletupkan tangki minyak.
Di penghujung siaran langsung, penonton ingin Capcom mengakhiri siaran dengan menunjukkan apa yang berlaku apabila Jill mati. Katastrophe mengorbankan Jill kepada zombie, yang merobek tekak Jill, lalu skrin ditutupi dengan ayat “YOU ARE DEAD.” Korang lihatlah siaran langsung ini nanti, barulah korang tahu betapa ngeri adegan ini..
Walaupun Resident Evil 3 Remake kelihatan sangat menakjubkan dan siaran langsung berjaya memberi penjelasan yang baik, ia mengecewakan saya bahawa tidak banyak yang ditunjukkan dan kami masih tidak mempunyai tarikh keluaran rasmi. Kebanyakan apa yang kita lihat tentang remake ini hanyalah yang asas; mudah-mudahan kita akan mendapat lebih banyak info sebelum permainan dilancarkan. Berikut adalah siaran langsung:
@gamersantaimy
Discussion about this post