Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: The Hinokami Chronicles 2 Kini Akses Awal untuk Pemilik Edisi Digital Deluxe!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 1, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demon Slayer: The Hinokami Chronicles 2 Kini Akses Awal untuk Pemilik Edisi Digital Deluxe!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA mengumumkan bahawa Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles 2 kini tersedia secara akses awal untuk pemain yang telah membeli Edisi Digital Deluxe.

Tempoh akses lanjutan ini telah bermula untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan Steam.

Peminat yang tidak sabar untuk menyertai pertarungan masih boleh membeli Edisi Digital Deluxe untuk bermain dengan segera sebelum pelancaran rasmi game ini di seluruh dunia pada 5 Ogos 2025, yang juga akan merangkumi pelancaran versi Nintendo Switch.

Sekuel ini menyambung terus kisah dari game pertama, menjemput para pemain untuk mengalami bab seterusnya dalam pengembaraan Tanjiro Kamado.

Story Mode mengadaptasi semula detik-detik penting daripada siri anime yang popular, membolehkan pemain berlawan merentasi “Entertainment District Arc,” “Swordsmith Village Arc,” dan “Hashira Training Arc”.

Bagi mereka yang ingin mengimbau kembali keseluruhan saga, satu mod baharu telah ditambah yang meringkaskan cerita game pertama, merangkumi “Tanjiro Kamado, Unwavering Resolve Arc” dan “Mugen Train Arc” melalui babak pertarungan dan sinematik.

Salah satu penambahan terbesar dalam game ini ialah barisan watak, yang kini menampilkan lebih 40 watak yang boleh dimainkan.

Buat pertama kalinya, kesemua sembilan Hashira elit daripada Demon Slayer Corps boleh dimainkan: Giyu Tomioka, Kyojuro Rengoku, Tengen Uzui, Muichiro Tokito, Shinobu Kocho, Mitsuri Kanroji, Obanai Iguro, Sanemi Shinazugawa, dan Gyomei Himejima.

Mereka disertai oleh iblis-iblis hebat yang baharu seperti Upper Rank Gyokko dan Zohakuten, serta watak-watak unik dari Kimetsu Academy.

The Hinokami Chronicles 2 memperkenalkan beberapa ciri gameplay baharu. Pemain kini boleh menggabungkan kombinasi watak tertentu untuk melancarkan serangan “Dual Ultimates” bagi menumpaskan pihak lawan.

Sistem peralatan baharu membolehkan customization dengan item yang boleh dipakai untuk meningkatkan serangan watak atau memulihkan nyawa semasa pertempuran.

Di samping itu, “Hashira Training Mode” membolehkan pemain berlatih di bawah bimbingan Hashira pilihan mereka, berdepan dengan barisan musuh sebelum menguji kehebatan mereka.

Apabila pemain menggunakan sesuatu watak dalam Story dan VS Mode, tahap mastery mereka akan meningkat, lalu membuka pelbagai ganjaran untuk personalize Slayer ID mereka.

SEGA juga telah mengesahkan sokongan pasca-pelancaran untuk game ini. Antagonis utama siri ini, Muzan Kibutsuji, akan ditambah ke dalam senarai watak VS Mode melalui kemas kini percuma.

Tambahan pula, “Infinity Castle Arc Character Pass” dirancang untuk dikeluarkan selepas pelancaran, menjanjikan lebih ramai watak kegemaran peminat akan ditambah ke dalam game.

Untuk butiran lanjut, sila lawati laman web rasmi.

Tags: Demon Slayer: The Hinokami Chronicles 2
ShareTweetSend
Previous Post

Square Enix Umum Prekuel ‘Octopath Traveler 0’, Bakal Dilancarkan 4 Disember Dengan Protagonis Custom & Pembinaan Bandar

Next Post

Battlefield 6 Ditetapkan Keluar Pada 10 Oktober, Menampilkan Kempen & Portal Serba Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Battlefield 6 Ditetapkan Keluar Pada 10 Oktober, Menampilkan Kempen & Portal Serba Baharu!

Battlefield 6 Ditetapkan Keluar Pada 10 Oktober, Menampilkan Kempen & Portal Serba Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd