Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Battlefield 6 Ditetapkan Keluar Pada 10 Oktober, Menampilkan Kempen & Portal Serba Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 1, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Multiplayer, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Battlefield 6 Ditetapkan Keluar Pada 10 Oktober, Menampilkan Kempen & Portal Serba Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts mendedahkan secara rasmi bahawa Battlefield 6 akan dilancarkan pada 10 Oktober untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Pengumuman tersebut, yang dibuat semasa acara pendedahan mod multiplayer game itu, menjelaskan latar masa hadapan, kembalinya kempen berskala global, dan pelbagai ciri gameplay baharu.

Berlatarkan tahun 2027, Battlefield 6 membawa pemain ke dunia di ambang keruntuhan. Berikutan satu pembunuhan berprofil tinggi yang telah menggugat kestabilan global, negara-negara utama Eropah telah meninggalkan NATO.

Dalam kekosongan kuasa yang berlaku, sebuah perbadanan tentera swasta yang digeruni, PAX ARMATA, telah mula berkuasa dengan sokongan kewangan yang kukuh dan teknologi canggih. Pemain akan menyertai saki-baki tentera NATO, berjuang sebagai skuad elit Marine Raiders untuk mengelakkan huru-hara sepenuhnya.

Mod single-player “Global Scale Campaign” kembali, menjanjikan perjalanan yang mencabar untuk pemain merentasi pelbagai medan perang, daripada memandu kereta kebal di padang pasir Sahara dan menyerbu pantai Gibraltar sehinggalah mempertahankan jalan-jalan di New York City daripada pencerobohan.

Dari segi corak gameplay, game ini memperkenalkan “Kinesthetic Combat System”, yang direka untuk menambah baik pergerakan pemain dan pengendalian senjata.

Sistem ini menyediakan tahap mobiliti yang belum pernah ada sebelum ini, menawarkan pilihan taktikal baharu seperti “Drag and Revive” untuk menarik rakan sepasukan yang cedera ke tempat selamat, dan melekapkan senjata pada permukaan persekitaran untuk kestabilan yang lebih baik dan mengurangkan recoil.

Pengalaman multiplayer pun nampak menarik, menampilkan mod ikonik berskala besar seperti Conquest, Breakthrough, dan Rush.

Ini akan disokong oleh mod-mod pantas yang popular termasuk Team Deathmatch, Squad Deathmatch, Domination, dan King of the Hill. Satu mod baharu yang dipanggil Escalation turut didedahkan, di mana dua pasukan akan berlawan untuk mengawal titik-titik strategik di atas peta.

Perang ini akan berlaku di pelbagai lokasi global, termasuk Mesir, Gibraltar, dan New York, dengan setiap peta direka khas untuk menyokong mod dan gaya permainan tertentu.

Fokus utama pendedahan tersebut ialah kembalinya Battlefield Portal yang telah ditambah baik secara besar-besaran. Set alatan kreatif yang berkuasa dan lebih kemas ini bertindak sebagai sebuah sandbox di mana pemain boleh mereka bentuk dan berkongsi “Community Experiences” yang unik.

Pencipta kandungan akan mempunyai kawalan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dengan keupayaan untuk mengalih, mengubah saiz, dan menduplikasi objek dalam game, menggunakan skrip NPC, dan membina UI tersuai.

EA menyatakan bahawa kandungan ciptaan komuniti yang luar biasa malah boleh diangkat menjadi mod rasmi Battlefield.

Pemain yang tidak sabar untuk mencuba game ini mempunyai beberapa peluang sebelum pelancarannya pada bulan Oktober. Hujung minggu beta terbuka dijadualkan pada 9-10 Ogos dan 14-17 Ogos.

Selain itu, peminat tegar boleh mendapatkan akses kepada hujung minggu beta pertama dua hari lebih awal, pada 7 Ogos, dengan menonton streamer popular.

EA juga menjanjikan sokongan pasca-pelancaran yang mapan, dengan aliran kandungan baharu yang konsisten seperti peta, mod, senjata, dan ciri-ciri lain yang dirancang untuk masa hadapan.

Tags: Battlefield 6
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer: The Hinokami Chronicles 2 Kini Akses Awal untuk Pemilik Edisi Digital Deluxe!

Next Post

Anime Digimon Beatbreak Akan Tayang Oktober 2025, Butiran Pelakon & Jalan Cerita Didedahkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Anime Digimon Beatbreak Akan Tayang Oktober 2025, Butiran Pelakon & Jalan Cerita Didedahkan

Anime Digimon Beatbreak Akan Tayang Oktober 2025, Butiran Pelakon & Jalan Cerita Didedahkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd