CD Projekt Red dah pun melancarkan full demo gameplay untuk Cyberpunk 2077. Sejurus mereka reveal pasal Cyberpunk 2077 di E3, developer telah pun reveal akan spesifikasi teknikal yang digunakan untuk menunjukkan gameplay demo Cyberpunk 2077 yang mengagumkan. Jom, kita tengok spesifikasinya di bawah:
- CPU: Intel i7-8700K
- Motherboard: ASUS ROG Strix Z370-I Gaming
- RAM: G. Skill Ripjaws, V 2x16GB, 300MHz, CL15
- GPU: GeForce GTX 1080Ti
- SSD: Samsung 960 Pro 512 GB M.2 PCIe
- PSU: Corsair SF600 600W
Melihat kepada spesifikasi yang telah diberikan, aku boleh cakap ianya merupakan high-end PC. Boleh la standby jual buah pinggang sebelah, tak pon, 60% hati korang (fun facts, manusia boleh hidup dengan menggunakan 40% hati yang ada). Memang patut kalau korang layan demo dia,fuhh~ cantik. Nak tengok? Aku tunjukkan kepada korang di bawah:
Well, at least, takde la dia run pakai RTX kan. Rasanya, mahu ada jual semua organ yang ada. hehehehe. Apa-apa pun, korang boleh layan demo gameplay dia, dan pada pandangan aku, rasanya recommended setting untuk game ni, takdela sampai nak pakai 1080ti kan, 1060 pon aku rasa dah cukup, selagi korang boleh enjoy game ni. Dan aku mengharapakan, game Cyberpunk 2077 ni mampu mengalahkan game siri The Witcher.
@gamersantaimy
Discussion about this post