Bandai Namco telah melancarkan beberapa set screenshot yang mempamerkan karekter Aoi Shibuya dan Minoru Hyuga, termasuk dengan pasangan Digimon mereka, Labramon dan juga Falcomon. Menarik ni. Dulu, sudah beberapa kali jugak aku ada update tentang game Digimon Survive ni, dan Bandai Namco, dari hari ke hari, mereka cuba menunjukkan screenshot tentang overview game ini.
Aoi merupakan seorang perempuang yang rajin dan matang di dalam kumpulan mereka. Dia yang menguruskan tentang makanan dan keselamatan base. Labramon pula merupakan pasangan Digimon bagi Aoi dan ianya juga boleh dikatakan sebagai satu Digimon yang matang seperti tuannya~ (teringat kat Renamon)
Minoru pula adalah rakan sekelas protagonis dalam Digimon Survive, iaitu Takuma. Dia merupakan seorang yang optimistik, banyak cakap dan sangat peramah. Dia sangat la tidak menyukai akan bergaduh bersama mereka yang lain. Falcomon pula merupakan pasangan Digimon untuk Minoru.
Digimon Survive dikatakan akan keluar pada tahun 2019. Ianya akan berada di platform PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam. Tetapi, di Jepun, ia hanya di lancarkan untuk PlayStation 4 dan juga Switch.
@gamersantaimy
Discussion about this post