Stock preorder untuk Fallout 76 Power Armor Edition turun naik setelah Bethesda mengumumkan tentang adanya kewujudan special edition tersebut, dan sekarang, Bethesda mengumumkan yang ianya telah habis dijual dan tidak akan mengeluarkannya lagi. Alamak! Nak tahu lebih lanjut? Jom, korang teruskan bacaaan korang ye~
Pekerja Bethesda, Petes Hines, menjawab satu persoalan di twitter, kejap, aku tunjukkan kepada korang:
we are making as many as possible and made all of them available. there's no way to make any more.
— Pete Hines (@DCDeacon) August 26, 2018
Dannnn, itulah jawapan dia tentang kehabisan stok Fallout 76 Power Armor Edition. Di sini, Petes Hines sangat menekankan tentang betapa payahnya untuk menyelesaikan kesemua order sebelum tarikh Fallout 76 dilancarkan. Selain itu juga, Petes Hines memohon maaf kepada mereka yang tidak dapat untuk preorder Fallout 76 Power Armor Edition.
Apa yang best sangat sampai habis Fallout 76 Power Armor Edition ni? Haa, ni yang aku nak bagi tahu, pelbagai barangan yang korang akan dapat, tapi, yang paling best adalah helmet T-51B berskala penuh, dan boleh dipakai, juga mempunyai modulator suara dan LED Headlamp! Cool kan? Siapa je taknak, lagi-lagi kipas-susah-mati game Fallout. Memang ianya sesuatu yang diidamkan kot!
Jadi, Fallout 76 Beta akan bermula pada Oktober, dengan gamenya akan dilancarkan pada 14 November untuk PlayStation 4, Xbox One, dan semestinya di platform PC. Ianya merupakan full online game, lain dari Fallout sepenuhnya.
“Steel be with you”-Brotherhood of Steel
@gamersantaimy
Discussion about this post