Activision bersama pembangun Infinity Ward telah mengumumkan jadual ujian beta untuk Call of Duty: Modern Warfare 4, yang memberi peluang kepada para pemain untuk mencuba sendiri game shooter yang amat dinanti-nantikan ini pada bulan depan.
Ujian beta ini akan berlangsung sepanjang dua hujung minggu pada bulan Ogos, sebagai persediaan sebelum pelancaran global pada 23 Oktober 2026.
- Hujung Minggu Pertama (Early Access): 22 Ogos hingga 26 Ogos (MYT)
- Sesi ini dikhaskan untuk pemain yang telah pre-order di PlayStation 5, Xbox Series X|S, atau PC.
- Hujung Minggu Kedua (Open Beta): 29 Ogos hingga 2 September (MYT)
- Fasa kedua pula dibuka secara percuma kepada semua pemain di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, serta Nintendo Switch 2.
Meskipun pre-order untuk Nintendo Switch 2 hanya akan mula dibuka pada 26 Ogos, para pemain di platform tersebut tidak wajib membuat pembelian awal untuk menyertai fasa open beta pada hujung minggu kedua. Mereka hanya memerlukan akaun Nintendo yang aktif serta langganan Nintendo Switch Online untuk turut serta.
Bagi fasa beta Modern Warfare 4, pemain boleh mencuba pelbagai kandungan menarik sebelum pelancaran rasmi:
- Pilihan Operator & Ganjaran Vault Edition: Cuba barisan Operator serba baharu, termasuk akses kepada semua Operator daripada Vault Edition bagi mereka yang membuat pre-order untuk edisi khas tersebut.
- Pelbagai Skala Perang: Bertarung di pelbagai peta dan mod Multiplayer, bermula daripada aksi pantas 3v3 Skirmish sehinggalah perang berskala besar yang dilengkapi kereta kebal.
- Mod Baharu dan Klasik: Uji kecekapan dalam mod ikonik Search & Destroy, mod Training Mobility Course, serta mod terbaharu “Kill Block”. Mod “Kill Block” merupakan arena latihan dan Gunfight 10v10 yang unik, di mana dinding, laluan, serta sudut pandangan akan berubah secara dinamik pada setiap pusingan bagi menawarkan lebih daripada 500 kombinasi susun atur.
- Mekanik Gameplay & Loadout: Alami kelancaran pergerakan serta balistik sambil membina loadout mengikut kesesuaian gaya permainan dengan bantuan pembantu maya, ‘Gunny’.
- Sistem Kemajuan: Naikkan tahap sepanjang fasa beta ini untuk membuka sehingga 19 senjata berbeza, di samping pelbagai pilihan Tactical, Lethal, Field Upgrade, Perk, dan Killstreak.
Call of Duty: Modern Warfare 4 akan keluar pada 23 Oktober 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch 2, serta PC melalui Steam, Battle.net, dan Microsoft Store.









Discussion about this post