Berdasarkan francais monster taming popular Coromon, hari ini Indie.io dan pembangun TRAGsoft telah mengumumkan game spin-off Coromon: Rogue Planet. Spin-off ini akan dilancarkan untuk Nintendo Switch, PC (Steam, Epic Game Store), iOS dan Android pada tahun 2025.
Secara am, Coromon: Rogue Planet menggabungkan strategi pertempuran turn-based taktikal daripada game utama Coromon dengan gameplay roguelite strategik untuk mencipta pengalaman Monster Taming yang boleh dimainkan tanpa henti.
Kita masih akan melawan, menangkap dan jinakkan raksasa, yang mempunyai lebih 130 jenis—setiap satu mempunyai campuran elemental, ciri personaliti dan kemahiran unik sendiri. Bekerjasama dengan pasukan Coromon anda untuk meningkatkan skil mereka, menyusun set pergerakan masing-masing dan mengembangkan kuasa mereka, kemudian bertarung melawan Coromon liar, trainer, gerombolan jahat dan banyak lagi!
Sebanyak tujuh watak berbeza boleh dimainkan, masing-masing dengan cerita dan gaya permainan mereka sendiri! Semasa menavigasi melalui pelbagai kawasan hutan liar di Velua, anda akan menemui trainer lain yang memerlukan bantuan. Bekerjasama dengan mereka untuk menggunakan mereka secara permanen sebagai watak yang boleh dimainkan, dan melengkapkan matlamat penting untuk mempelajari tentang kisah mereka dan mendapatkan bonus baharu untuk setiap pusingan berturut-turut!
Terokai lebih 10 biom yang sentiasa berubah. Buat keputusan taktikal tentang laluan yang perlu diambil semasa menavigasi planet Velua, sambil menimbang risiko dan ganjaran. Setiap biom mengandungi cabaran baharu dan menarik, serta Coromon sendiri. Peta, acara dan ganjaran yang dijana secara rawak memastikan setiap pusingan terasa baharu.
@gamersantaimy
Discussion about this post