Dibangunkan oleh Firewalk Studios selama 8 tahun dan diterbitkan oleh PlayStation, Concord merupakan game first-party terbaru milik Sony Interactive Entertainment. Dibangunkan sebagai “game live-service”, FPS ini dirancang untuk bertahan selama bertahun-tahun melalui pelbagai update, skin dan watak baharu.
Antara contoh-contoh besar di genre yang sama termasuk Overwatch, PUBG, Apex Legends, Valorant dan banyak lagi. Namun selepas pelancaran, Concord tidak menerima sambutan yang positif, sedangkan banyak usaha dan pemasaran dilakukan untuk game tersebut.
Adakah sebab genre FPS sangat sengit? Adakah kerana pemain kini mempunyai standard yang terlalu tinggi? Tidak kira apa jua alasan, Concord boleh dianggap sebagai suatu kegagalan.
Di sini, kami mempunyai peluang untuk mencuba Concord selama beberapa hari. Adakah game itu benar-benar teruk seperti yang orang ramai kata? Teruskan membaca untuk tahu keputusan akhir.
Naratif & Latar Belakang Yang Berwarna-Warni
Concord berlatarkan tema fiksyen sains, di mana alam ini dihuni oleh ‘Freegunners’: tentera upahan yang mengembara di seluruh galaksi untuk mencari “pekerjaan berisiko tinggi”. Setiap watak sangat unik, dan mempunyai latar belakang serta kisah menarik sendiri untuk anda teroka.
Cutscene Concord pada permulaan game menunjukkan lima anggota kru Northstar – Lennox, Haymar, Star Child, 1-Off, dan Vale – yang sedang menjalankan misi di Crater City. Mereka nampaknya melarikan diri daripada kru musuh menggunakan robot yang dipanggil Blue Buddy, yang juga dicuri daripada organisasi bernama The Guild.
Walaupun dikejar dan sempat kehilangan Blue Buddy, anggota Northstar berjaya mendapatkannya kembali dan melarikan diri.
Game ini mempunyai fitur dipanggil “Galatic Guide”. Di sini, pemain boleh melihat pelbagai butiran mengenai kisah sedia ada. Sebagai contoh, anda boleh belajar lebih lanjut tentang planet Silo dan apa yang berlaku di sana.
Sebagai seorang yang menyukai filem bertemakan angkasa lepas, saya menghargai cara Firewalk Studios membina cerita yang terperinci ini, walaupun naratifnya kurang menarik.
Gameplay Kurang Istimewa
Apabila bercakap tentang gameplay, tempo permainan tidak sepantas game shooter moden seperti Apex atau Overwatch. Daripada tempo pantas, game ini lebih klasik dengan gameplay perlahan menyerupai Destiny atau Halo dari segi aksi. Bezanya, setiap watak mempunyai kebolehan evasion, dan double jump.
Concord menampilkan pertarungan 5v5 di mana setiap pemain memilih daripada 16 hero yang tersedia, masing-masing dengan abiliti berbeza (1 skill, 1 ultimate) yang sesuai dengan gaya permainan dan strategi berbeza. Ada hero yang sangat pandai menyerang, ada yang pandai bertahan, menyokong, dan lain-lain.
Sebagai contoh, hero bernama Roka mempunyai missile launcher sebagai senjata utama tetapi pada masa yang sama, dia mempunyai mobiliti yang tinggi dengan kebolehan melakukan triple jump.
Sebaliknya, ada seorang hero bernama Emari. Dia adalah tank, pergerakannya perlahan, dan dia hanya boleh melakukan single jump. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan shield dan mencipta area armor.
Seperti game hero shooter lain, setiap watak mempunyai peranan mereka sendiri, seperti DPS, sokongan yang sama ada memberikan buff atau healing, dan juga tank. Namun, semasa bermain, saya tidak dapat mencari fungsi pelbagai peranan ini.
Healing tidak berguna kerana ada banyak heal di pelbagai sudut peta dan setiap watak akan mati dengan mudah. Tank pun tidak begitu berguna kerana terlalu perlahan.
Akhirnya dalam setiap perlawan di mana-mana mod, setiap pemain lebih suka menggunakan watak dengan peranan DPS, kerana itu adalah yang paling optimum untuk digunakan pada masa ini.
Saya secara peribadi tidak melihat apa-apa yang unik dalam Concord jika dibandingkan dengan pesaingnya. Sebagai contoh, FragPunk oleh NetEase Games juga adalah game hero shooter tetapi mencuba sesuatu yang berbeza dengan Shard Cards System.
Tetapi Concord, dari segi gameplay, tidak mempunyai daya tarikan yang unik berbanding hero shooter yang lain.
Game Mode Standard
Concord mempunyai tiga mode utama untuk dimainkan, iaitu Brawl, Overrun, dan juga Rivalry. Jika masih belum mahir, game ini juga mempunyai tiga mode untuk mengasah kemahiran anda seperti Practice Range, Training dan Time Trials.
Brawl: Seperti mode deathmatch, jika anda ingin berseronok atau belajar cara menggunakan hero, tetapi masih mahu melawan pemain sebenar, Brawl ialah pilihan yang tepat. Pemain masih akan bertarung 5v5, tetapi akan sentiasa respawn. Pasukan yang mendapat skor tertentu akan menang.
Overrun: Tangkap dan pertahankan objektif, ia seperti mode capture flag. Terdapat 3 objektif pada peta yang mesti dicapai oleh pemain. Lebih banyak objektif yang anda capai, lebih cepat skor pasukan akan diisi untuk mencapai markah tertentu dan memenangi perlawanan.
Rivalry: Pertaruhkan semuanya dalam pusingan kompetitif tanpa respawn. Sama seperti mode Capture Flag, tetapi hanya satu objektif yang perlu ditangkap. Anda mesti menang dalam 4 pusingan dan tuntut kemenangan.
Reka Bentuk Watak Tidak Menarik
Bahagian ini pun sama teruk seperti gameplay. Setiap watak dalam Concord langsung tidak mempunyai apa-apa daya tarikan. Pembangun mungkin cuba sesuatu yang “unik” dari segi reka bentuk watak, tetapi akhirnya ia membuatkan segala-galanya menjadi tidak menarik malah semakin pelik.
Saya telah memberikan contoh Roka di atas, dia adalah watak kecil yang mempunyai mobiliti tinggi malah boleh melakukan triple jump yang memberi gambaran gameplay yang pantas dan lincah menggunakan senapang AR. Tetapi dia menggunakan “missile launcher” sebagai senjata utamanya, pilihan yang bertentangan dengan saiz dan mobilitinya.
Ketidakpadanan antara reka bentuk visual dan fungsi gameplay adalah masalah berulang dalam di kalangan watak Concord. Malah, jika anda seorang wibu, jangan harap untuk mencari watak waifu cantik di sini.
Walaupun begitu, kita harus mengaku bahawa walaupun reka bentuk watak buruk, kualiti visual yang ditawarkan oleh Concord sangat cantik, baik dari segi cutscene mahupun keseluruhan gameplay . Reka bentuk UI nampak kemas dan optimum, petanya bergaya, dan tema angkasa direka supaya cukup menarik.
Kesimpulan
Concord ialah sebuah game hero-shooter biasa tanpa sebarang kelebihan unik untuk bersaing di pasaran sama genre. Semua gameplay yang ditawarkannya sangat tipikal, mode yang ditawarkan pun sangat standard sedangkan tema sci-fi sangat luas untuk teroka, dan akhir sekali, majoriti watak langsung tidak menarik.
Jika ini adalah game free-to-play, mungkin saya tidak akan merungut begitu banyak. Tetapi, Concord ialah game premium berharga RM169. Pada pendapat saya, harga ini tidak setimpal dengan apa yang ditawarkan dalam game tersebut, kerana terdapat banyak game percuma yang serupa atau lebih baik.
Jika masih berminat untuk cuba, Concord boleh didapati di PlayStation 5 dan PC melalui Steam.
@gamersantaimy
The Review
Concord
Concord ialah sebuah game hero-shooter biasa tanpa sebarang kelebihan unik untuk bersaing di pasaran sama genre. Semua gameplay yang ditawarkannya sangat tipikal, mode yang ditawarkan pun sangat standard sedangkan tema sci-fi sangat luas untuk teroka, dan akhir sekali, majoriti watak langsung tidak menarik.
PROS
- Visual yang cantik penuh butiran
- Reka bentuk UI, peta dan persekitaran angkasa yang mengagumkan
CONS
- Reka bentuk watak tidak menarik sama sekali
- Peranan Tank dan Healer tiada guna
- Tiada gameplay yang unik berbanding pesaing
- Harga terlalu mahal untuk game tipikal
Discussion about this post