Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Game Show Digital World 2024 Kembali, Tema Negara Gaming Terapung Di Langit!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Game, Pameran/Expo
0 0
0
Tokyo Game Show Digital World 2024 Kembali, Tema Negara Gaming Terapung Di Langit!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara maya “Tokyo Game Show Digital World 2024“, yang akan bermula dari Jumaat, 20 September hingga Ahad, 6 Oktober. Kemasukan adalah percuma, dan akan berjalan selama 17 hari, di mana pelawat boleh menggunakan PC, peranti VR atau telefon pintar bagi mengakses acara tersebut.

\9/20(FRI)~10/6(SUN), JST/
TOKYO GAME SHOW Digital World 2024 🎮
Details and participating companies have been announced✨
Enjoy #TGSDW2024
👇Official Website https://t.co/LLeB92hUoY pic.twitter.com/mjsK0Xvfa7

— TGS Digital World公式info (@tgsdw_official) September 3, 2024

Merupak segmen maya di bawah Tokyo Game Show, tahun lepas acara ini dinamakan sebagai TOKYO GAME SHOW VR tetapi dinamakan semula sebagai “TOKYO GAME SHOW Digital World” pada tahun ini.

Kredit: TGS

Bertema “Game Island”, pelawat akan dibawa ke negara gaming yang terapung di langit di mana penduduk sedang mengadakan perayaan. Semasa mengembara dalam dunia permainan, anda boleh singgah ke reruai pelbagai syarikat gaming besar dan menikmati pelbagai kandungan.

Merupakan acara yang boleh dinikmati oleh ramai orang tidak kira di mana mereka berada, ia hanya boleh direalisasikan di dunia maya. Antara nama-nama besar termasuk SQUARE ENIX, Capcom, Koei Tecmo, Konami Digital Entertainment, Sega, Atlus, Bandai Namco Entertainment, dan banyak lagi.

Menurut CESA, “alam maya TGS, yang dilawati oleh kira-kira 310,000 orang tahun lepas, memberikan kegembiraan dan kejutan kepada peminat gaming di seluruh dunia. Tahun ini adalah kali ke-4 ia akan diadakan, dan kami ingin mewujudkan ruang perayaan bersama anda di mana peminat game boleh berkumpul dan menikmati berinteraksi antara satu sama lain, walaupun dari lokasi terpencil, yang hanya boleh direalisasikan dalam Metaverse.”

Jadi bagaimana untuk sertai acara ini? Anda hanya perlu pergi ke laman web rasmi di SINI dan pilih platform yang ingin dipakai: Windows PC / Meta Quest 2 / Meta Quest 3 / Oculus Rift / HTC Vive Pro / Valve Index / iOS / Android.

Tags: Tokyo Game Show Digital World 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Anime ‘Mobile Suit Gundam: The Origin’ Terima Filem Kompilasi, Kisah Asal-Usul Char Aznable!

Next Post

Coromon: Rogue Planet Akan Datang ke Switch, PC & Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Coromon: Rogue Planet Akan Datang ke Switch, PC & Mobile!

Coromon: Rogue Planet Akan Datang ke Switch, PC & Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd