Di acara eksklusif The Last of Us II, kami sebagai wakil Asia Tenggara mendapat peluang untuk mencuba permainan video itu sendiri. Banyak sangat kejutan yang saya terima. Yang saya boleh kata secara ringkas ialah.. Game ni memang GEMPAK! Terlalu gempak! Mesti kamu semua nak tahu apa yang membezakan sekuel ini dengan yang pertama kan? Mari saya terangkan.
Ellie menjadi Watak Utama!
Naughty Dog telah mendedahkan bahawa The Last of Us II akan berlangsung lima tahun selepas yang pertama, dengan Ellie yang sudah berusia 19 tahun sebagai watak utama. Joel juga kembali, dan akan memerhatikan Ellie. Naratif utama kami tidak boleh jelaskan, tetapi kita tahu Ellie sangat, sangat marah terhadap sesuatu dan ingin membalas dendam. Dengan kemunculan musuh baru – Washington Liberation Front yang juga dikenali sebagai WOLVES bermaksud kamu pun akan jumpa musuh baru. Selain itu, walaupun ia iras game Open-World, ia sebenarnya bukan tau.
Sistem Pertempuran Baru Lebih Baik untuk Bertarung dengan Musuh yang Lebih Pandai!
Terdapat banyak peningkatan berbanding dengan game terdahulu. AI musuh jauh lebih sukar sekarang dan boleh mengelak tembakan anda. Ellie mempunyai badan yang lebih kecil berbanding Joel, lantas serangan melee-nya lebih cepat, tetapi musuh masih dapat mengalahkannya seperti menahan serangannya atau menolaknya.
AI akan menjerit posisi kamu apabila mereka melihat pemain. Sebagai contoh, “She is behind the car” atau “She is at the left corner” serta boleh berkomunikasi dengan sekutu mereka. Mereka juga sangat spesifik dan sentiasa memburu kamu serta boleh menyelaraskan formasi untuk menangkap kamu. Katakanlah selepas kamu berjaya membunuh seseorang, mereka juga akan berkumpul dan meratapi kematian rakan mereka. “That ****** killed Johnny!”, mereka akan jerit. Ini menambah keperibadian kepada AI, dan jadikan mereka lebih pintar berbanding judul sebelum.
Rakan Terbaik Manusia bukanlah Rakan Terbaik Kamu!
Anjing pertempuran juga ditambah di dalam senarai musuh berbahaya baru kamu harus hapuskan. Mereka akan sentiasa berjalan dengan manusia, dan boleh bau kamu jika pemain terlalu dekat. Jika anjing tersebut berjaya tangkap bau kamu, pemain akan meninggalkan jejak, dan anjing itu akan terus mengikuti jejak sehingga ia jumpa kamu. “Jejak bau” ini boleh hilang, dan buat masa ini, itu sahaja cara untuk hilangkannya.
Anjing pertempuran juga agak tangkas dan dalam pertempuran terbuka, mereka akan kejar dan menggigit kamu. Ini menjadikan anjing pertempuran sebagai musuh yang bahaya apabila kamu menghadapi sekumpulan musuh. Berita baik adalah ia boleh mati dalam satu pukulan sahaja. Satu petua daripada saya, kamu harus membunuh manusia dahulu, dan anjing itu akan terkejut sambil melihat
rakan manusia mereka mati.
Infected baru, Shambler yang Sentiasa Boleh Melihat Kamu!
Shambler ialah Infected yang bergerak dengan sangat lambat tetapi entah bagaimana masih boleh melihat kamu walaupun anda tidak bergerak. Dalam game sebelumnya, hanya Runner dan Stalker yang boleh melihat. Shambler menyerang dengan menembak sporanya dan tidak mempunyai nilai HP yang sangat tinggi.
Sistem Stealth yang Lebih Luas!
Dengan penambahan ciri Prone dan rumput yang tinggi, terdapat banyak lagi kawasan yang boleh Ellie sembunyi. Secara umumnya, kali ini kawasannya lebih besar dan walaupun musuh sedar posisi kamu – pemain boleh berlari ke tempat yang jauh dan bersembunyi. Busur dan anak panah masih menjadi senjata yang boleh membunuh musuh dengan senyap. Kita juga boleh kraf anak panah sekaran. Selain itu, kita mempunyai attachment baru “Silencer” yang kita boleh pakaikan pada pistol dan selepas 3 – 5 (5 selepas skill upgrade) menembak, attachment tersebut akan pecah.
Senjata dengan ciri Upgrade yang Lebih Canggih!
Saya berjaya cuba Shotgun, Rifle, Bow, Pistol, dan Revolver. Kami juga berjaya upgrade sesetengah daripada senjata dengan meja kraf kini semakin cun. Kamu boleh lihat bagaimana upgrade tersebut berlaku dan akan ada animasi di mana kamu cabut sebahagian daripada senjata, memperbaiki, menambah bahagian, kemudian memasang semula senjata. Kamu hanya perlu mencari bahan untuk upgrade senjata, dan kebanyakkan upgrade hanya sekali sahaja.
Skill Tree yang membantu Pemain Memilih Cara Permainan Mereka!
- SURVIVAL
- Listed Mode Movement Speed – Gerak lebih pantas dalam Listen Mode
- Health Kit Speed – Health Kit menggunakan tempoh yang lebih pendek
- Throw Distance – Lontarkan objek sambil aim. Lock-in kepada musuh sambil Quick Throw daripada jarak yang lebih jauh
- Increased Health – Meningkatkan jumlah nilai HP
- Locked – Masih belum buka
- CRAFTING
- Craft Melee Upgrades – Upgrade senjata melee, pulih kepada kegunaan penuh, dan meningkatkan damage
- Crafting Speed – Kraf item dengan lebih laju
- Stun Bombs Make Smoke – Upgrade Stun Bomb kepada Smoke Bomb yang mencipta asap untuk menghalang pandangan musuh
- Improved Health Kit – Health Kit memulihkan lebih banyak HP
- Smoke Bomb Amount – kraf dua Smoke Bomb daripada bahan yang sama
- STEALTH
- Craft Silencers – Kraf silencer yang boleh dipasang pada pistol untuk membuat tiga tembakan seterusnya senyap
- Listen Mode Clarity – Musuh di dalam Listen Mode lebih jelas
- Prone Movement Speed – merangkak dengan lebih laju semasa prone
- Silencer Durability – meningkatkan daya ketahanan silencer daripada tiga tembakan kepada lima
- Faster Stealth Kills – Stealth Kill lebih pantas dan senyap
- PRECISION
- Aimed Weapon Sway – mengurangkan hayunan senjata semasa bergerak
- Aiming Speed – Bergerak lebih laju semasa aim
- Listen Mode Range – Luaskan jarak Listen Mode
- Hold Breath – tekan L3 semasa aim untuk tahan nafas, lalu aim akan lebih stabil
- Locked – Masih belum dibuka
Pada judul sebelum, kamu boleh memilih apa-apa kemahiran yang kamu mahu dan meningkatkannya tetapi sekarang kamu perlu menaik taraf kemahiran mengikut Skill Tree. Sebagai contoh, jika saya mahu belajar Hold Breath, saya perlu mendapatkan Weapon Sway, Aiming Speed, dan Listen Mode Range sebelum saya boleh akses Hold Breath. Satu lagi perkara menarik ialah kemahiran Listen Mode boleh didapati di semua aliran Skill Tree tetapi efek upgrade-nya adalah berbeza untuk setiap cabang.
Pendapat ikhlas saya?
Ini adalah permainan video yang sangat fokus kepada jalan cerita dan saya boleh merasakan bahawa developer ingin memberi lebih banyak personalitu kepada setiap watak termasuk musuh yang kamu bunuh. Seperti yang saya kata di atas, apabila kamu membunuh musuh, sekutu mereka akan meratapi mayatnya (setiap musuh mempunyai nama mereka sendiri) dan kamu boleh merasakan kesedihan atau kemarahan daripada nada mereka.
Penambahan anjing pertempuran sebenarnya memberi kamu lebih banyak keseronokan. Saya boleh merasakan ketakutan dikejar dan perasaan adrenalin akan naik ketika musuh memaksa saya keluar dari zon selesa. Mempunyai sistem mengelak juga menjadikan permainan lebih mencabar untuk bermain kerana daripada menyerang tanpa hala tujuan, sekarang kita boleh mengelak ke arah keselamatan supaya lebih tahan lama dalam pertempuran.
Pemandangan di dalam permainan video ini masih menakjubkan, malah lebih hebat daripada yang pertama. Lebih-lebih hebat. Ellie masih lagi lidah lancang dan tidak pernah ubah daripada yang pertama. Ini yang membuatkan permainan video ini sangat terkenal kerana mereka berjaya menggabungkan grafik yang sangat-sangat cantik bersama satu naratif yang teguh dan mendalam. The Last of Us II akan keluar pada 21 Februari 2020, jadi mohon semua kekal sabar ya. Apa-apa maklumat baru, akan terus kami laporkan di Gamer Santai. Selamat ber-gaming kawan-kawan.
@gamersantaimy
Discussion about this post