Langkah-Langlah untuk Set-Up OBS
Sebelum anda mula streaming, kamu perlulah ada perisian OBS kan. Ini bermakna memuat turun, memasang, dan menyesuaikannya ke pilihan anda. Syukurlah, perisian ini sepenuhnya percuma dan sangat user-friendly.
- Muat turun OBS daripada lamanweb rasmi.
- Right-click kepada aplikasi OBS dan pilih “Run as administrator.”
- Sebelum kamu menyambungkan OBS ke platform pilihan streaming anda, kamu mahu memilih parameter dahulu. Klik pada butang “Settings,” di sudut kanan bawah, dan pilih tab “Video” di menu sebelah kiri.
- Pilih resolusi kamu, serta frame rate yang anda mahu. Jika kamu tidak pasti, YouTube, Twitch, dan Facebook mempunyai panduan untuk membantu. Kamu juga perlu memastikan kelajuan upload internet anda dapat mengendalikannya.
- Akses tab “Video” menggunakan menu sebelah kiri dan pilih BitRate yang kamu inginkan.
Sekiranya siaran kamu lagging, kamu harus menurunkan bitrate, resolusi, atau FPS. Jika kualiti rakaman video agak teruk dan kamu mempunyai kadar bandwidth yang laju, kamu mampu meningkatkan bitrate dan resolusi untuk meningkatkan kualiti siaran.
Sambung OBS kepada Servis Streaming Pilihan
Langkah seterusnya adalah untuk menyambungkan OBS dengan platform siaran yang kamu pilih. Dalam panduan ini, kita akan melihat YouTube, Twitch, dan Facebook. Prosesnya masih sama tetapi mempunyai beberapa alternatif lain.
- Mulakan OBS sebagai administrator.
- Klik butang “Settings” di sudut kanan bawah.
- Pilih “Stream” dari menu sebelah kiri.
- Pastikan “Stream Type” kamu ditetapkan kepada “Streaming Services.” Kemudian pillih pelantar yang kamu mahu siarkan rakaman langsung.
Bermula saat ini, kamu perlu memasukkan Stream Key unik yang diterima. Cara kamu memperolehnya bergantung pada pelantar pilihan. Teruskan membaca bahagian yang berkaitan di bawah untuk mencarinya.
PENTING: Stream Key adalah yang membolehkan kamu bersiaran langsung terus ke servis atau pelantar kamu. Pastikan kamu merahsiakannya, kerana seseorang boleh menggunakannya untuk bersiaran langsung dengan nama anda!
YouTube
- Pergi ke halaman Creator Studio di channel anda dan login jika diperlukan.
- Gunakan menu sebelah kiri untuk memilih “Other Features,” kemudian tekan “Live Streaming.”
- Pada halaman siaran langsung, scroll ke bawah sehingga lamu melihat bahagian “Encoder Setup.” Klik butang “Reveal” dan copy Stream Key anda.
- Kembali ke OBS dan paste ke bahagian “Stream Key”. Kemudian klik “Apply,” diikuti dengan “OK.”
Twitch
- Pergi ke Twitch TV dashboard dan login jika diperlukan.
- Pilih tab “Settings” di bahagian atas halaman, diikuti dengan “Stream Key.” Klik “Show key” dan copy kod yang tertera.
- Kembali ke OBS dan masukkan Stream Key Twitch anda. Klik “Apply,” kemudian “OK.”
Facebook Live
- Pergi ke halaman Facebook Live dan login jika diperlukan.
- Klik butang “Create Live Stream,”. Jangan risau tentang siaran kamu lagi, itu hanyalah istilah untuk memulakan untuk meyesuaikan siaran kamu di Facebook Live.
- Sekiranya kamu ingin melakukan siaran satu kali sahaja, copy “Stream Key.” Jika kamu ingin bersiaran langsung secara kerap di Facebook Live, tandakan kotak yang menyatakan “Use a persistent stream key,” dan copy kod yang dihasilkan .
- Kembali ke OBS dan paste ke kotak kosong “Stream Key”. Klik “Apply,” diikuti dengan “OK.”
Set-up Game Pilihan, Video, dan Audio untuk Tontonan Umum
Dua komponen utama untuk siaran langsung ialah video dan audio. Sama ada kamu menstrim sebuah game, diri sendiri, atau kedua-duanya sekali, kamu memerlukan audio dan video. Berikut adalah cara-cara untuk menyediakan setiap komponen secara individu.
Game Capture
Sekiranya kamu merancang untuk bersiaran langsung gameplay kepada penonton, kamu memerlukan OBS untuk menangkap rakaman game tersebut. Inilah cara untuk melakukannya:
- Di window “Sources” pada bahagian bawah, klik ikon “+” dan pilih “Game Capture” dari senarai.
- Pilih mode yang kamu mahu gunakan, seperti merakam apa-apa aplikasi yang fullscreen, sebuah aplikasi tertentu, atau mana-mana aplikas yang kamu tetapkan dengan hotkey. Yang kamu pilih mengikut keutamaan peribadi dan juga permainan video. Kebanyakan game boleh dirakam dengan mudah, tetapi kadangkala rakam game tersebut tidak akan keluar jika kamu memilih window tertentu. Dalam kes ini, rakam sebarang aplikasi fullscreen ialah jalan penyelesaian.
- Tentukan jika kamu mahu menghadkan frame rate atau menukar resolusi berdasarkan kualiti siaran dan kelajuan internet, dan jika kamu ingin menangkap kursor tetikus atau tidak. Hanya tandakan kotak masing-masing.
Apabila selesai, klik OK. Game kamu kini bersedia untuk siaran.
Webcam Video
Sama ada kamu mahu merakam wajah sendiri untuk reaksi jumpscare yang kelakar, atau kamu merupakan tarikan utama dalam video gaya vlog, webcam boleh pergi jauh untuk memberi identiti kepada strim anda. Inilah caranya untuk menetapkannya.
- Pastikan webcam kamu disambungkan ke PC.
- Di window “Sources”, klik ikon “+” dan pilih “Video Capture Device.” Beri nama.
- Pilih kamera kamu dari senarai pilihan “Device”.
- Gunakan butang konfigurasi untuk mengkonfigurasi kualiti video dan FPS.
- Apabila siap, klik butang OK.
Audio capture
Tidak kisah jika kamu hanya merakam suara sendiri, audio dalam game, atau kedua-duanya sekali, penonton perlu dengar daripada kamu. Inilah cara untuk menyediakan audio di siaran langsung kamu.
- Klik butang “Settings” di sudut kanan bawah.
- Pilih tab “Audio” dari menu sebelah kiri.
- OBS mempunyai beberapa input audio yang kamu boleh gunakan. Konfigurasi setiap satu yang kamu perlukan secara berasingan, supaya kamu mempunyai audio PC di satu aliran dan audio mikrofon pada siaran lain – jika kamu mahu suara sendiri sekali.
Apabila kamu telah menetapkan semuanya, tekan butang “Apply,” diikuti dengan “OK.”
Mulakan Siaran Langsung
Apabila kamu sudah tetapkan segalanya dan sudah bersedia untuk mula, kami mengesyorkan kamu menekan butang “Start Recording”. Itu tidak akan menghantar kamu ke live, tetapi memberikan kamu peluang untuk menjalankan ujian ringkas bagi memastikan semuanya berfungsi. Ini ialah satu cara yang bagus untuk mereka yang baru menggunakan OBS buat kali pertama.
Selepas semua diuji dan kamu benar-benar bersedia untuk mula, tekan “Start Streaming.” Sekiranya semuanya berjalan dengan baik, kamu akan menghantar video dan audio ke mata dan telinga penonton kesayangan.
@gamersantaimy
Discussion about this post