Seperti yang anda semua tahu, editor kami kini berada di Los Angeles untuk sesi media The Last of Us Part II! Dari State of Play, peminat dapat tahu permainan ini akan hadir pada tahun hadapan 21.02.2020 bersama pelbagai edisi untuk didapati dan kami juga telah berkongsi mengenainya! Jadi disini kami berpeluang meluangkan sedikit masa untuk menemu ramah bersama co-writer The Last of Us Part II- Halley Gross!
Eh siapa sebenarnya Halley Gross ni ye? Nama lengkap Halley Gross ialah Halley Wegryn Gross, yang lahir di Florida, Amerika Syarikat. Berumur 34 tahun. Dia adalah yang pertama menulis dalam musim pertama siaran TV dan filem “Westworld”, “Emerald City”, “Everybody Lies”, dan “Too Old to Die Young”.
Jom baca ulasan temuramah Eksklusif bersama Halley Gross untuk wakil Asia Tenggara ini disini!
The Last of Us Part II, agak menjadi tanda tanya kenapa harus diletakkan ‘Part’ kenapa tidak hanya The Last of Us 2 yang menjadi soalan pertama kami pada sesi ini. Gross menyatakan ianya disebabkan lanjutan dari permainan pertama dan bukan hanya permainan kedua yang baru tanpa sambungan cerita asal. Jadi ini adalah fokus kepada jalan penceritaan Ellie dan Joel.
Nama Halley Gross sebenarnya bukanlah satu nama yang biasa, dia telah dikenali untuk menulis bagi siri TV seperti Westworld dan beberapa filem lain. Kini menjadi penulis untuk jalan cerita The Last of Us Part II pasti menjadi sesuatu yang mencabar baginya. Dia memberitahu kami bahawa terdapat bahagian-bahagian tertentu dalam proses yang sama, kerana persamaan antara siri TV, Filem dan Permainan adalah mengenai jalan cerita dan watak-watak. Jadi sudah tentulah permainan ini memerlukan watak yang menarik untuk semua peminat tertarik.
Membawa watak-watak ini untuk ke situasi yang sukar dan mencabar yang menjadi utama bagi pasukan The Last of Us Part II ini “Uji sejauh mana pemain sanggup bertempur untuk mendapatkan apa yang diinginkan.” Gross menyatakan perbezaan antara permainan dan medium hidup mendapatinya adalah hebat! “Neil Druckmann (pengarah kreatif The Last of Us Part II) dan saya membuat garis besar, tetapi garis tersebut berubah ketika kami bekerja dengan pasukan lain.” Gross juga menyatakan “Apabila permainan berkembang, kami sedar bahawa mereka tidak perlu bekerja lebih lagi dan kami dalam kedudukan untuk mengubahnya. Dan ini anda tidak dapa lakukanya dalam siri TV dan Filem.”
Seperti yang kita tahu jalan penceritaan The Last of Us bukan sekadar keganasan yang menentang zombi, makluk dan musuh, ianya juga mempunyai adegan kasih sayang. Tapi dalam siri kedua permainan ini, Ellie makin membesar dan kearah lebih ke kebencian. Tidak dapat dinafikan, dahulu Ellie hanya remaja dan kini Ellie membesar dan menghadap pelbagai keganasan sistemik dan trauma emosinya. Jadi memang tidak disangkal kekurangan adegan kasi sayang dalam siri kali ini disebabkan kesakitan dan kebencian yang datang untuk Ellie.
Gross turut menyatakan bahawa kemungkinan besar The Last of Us Part II akan menjadi lebih lama kerana ianya 50% lebih besar dalam pengembaraanya. Ia adalah besar dengan cabaran dan misi yang lebih panajng dan tahap yang lebih besar, lebih sistematik, watak dan segala animasi yang datang sekali dalam permainan ini. Senang cerita permainan yang akan datang tahun hadapan ini akan menjadi sesuatu yang lebih besar dalam setiap cara.
Kami mendapat maklumat mengenai Washington Liberation Front (WLF) didalam permainan, dimana Ellie akan bertemunya di Seattle. WLF berada di wilayah itu lebih dari 15 tahun dan anti-orang luar dan lebih menjaga satu sama lain dan diri sendiri. Segala ancaman mereka terus tembak mati, dan dari sini kita boleh menggambarkan WLF memang menakutkan dan jahat~ Tetapi Ellie masih perlu menghadap mereka untuk perundingan.
Walaubagaimanapun, Gross menyatakan bagaimana mereka ingin mendefinikasikan watak tersebut untuk menjadi lebih berperikemanusiaan walaupun kita tidak sepatutnya suka dan bukan hanya menumpukan pada watak kegemaran. Sistem AI mempunyai watak yang memanggil satu sama lain dengan nama dan akan meratapi kematian mereka. Jadi mereka tetap akan menjadi penghalang untuk Ellie. Ellie menjadi ganas bukan hanya untuk diri sendiri tetapi harus menghadap mereka disekelilingnya.
Untuk membuat The Last of Us Part II lebih nyata dan menyerlah, seperti kita dapat melihat kumbang dan tidbits yang melayang berterbangan serta barangan untuk dicari. Gross menyatakan ianya adalah untuk menjadikan setiap ruang yang pemain akan alami adalah baru dan menarik serta menceritakan kisahnya. Jadi pemain dapat meneroka dan mencari pekara menarik sebagai ganjaran untuk selidik setiap sudut dengan kejutan.
Pasukan kini fokus untuk memastikan The Last of Us II menjadi cerita yang lengkap, jadi sebiah kesinambungan masih belum dirancang. Kita bertanya tentang tatu baru Ellie, dan Gross memberitahu ia untuk menyembunyikan tanda gigitan yang juga mempunyai tanda asid padanya. Kami, sebagai penonton, menyedari bahawa Ellie adalah imun, tetapi dia masih memakai topeng, dengan menyembunyikan sebahagian dirinya dari Dina, yang kami temui dalam trailer.. Gross juga memberitahu bahawa tatu tersebut adalah dari bekas teman wanita Ellie, yang bakal menjadi satu titik ketegangan dengan Dina kemudian dalam naratif. Seperti watak lain yang dilihat dalam trailer, kita perlu menunggu untuk mengetahui lebih lanjut betapa pentingnya mereka kepada Ellie.
Ellie berusia 14 tahun dalam permainan video pertama, dan dia membawa beberapa ciri yang sama kepada dirinya yang dewasa seperti masih mencintai dengan ikhlas, masih kasar dan sentiasa berkemampuan. Dia boleh keluar mengembara secara sendiri sekarang, membuat pilihan sendiri, dan juga jatuh cinta. Apabila tragedi berlaku, ia menyalakan api kemarahan baru dan kebencian yang tidak pernah dia miliki sebelum ini, dan kita akan melihat bagaimana perubahan itu mentakrifkan Ellie dalam Part II.
Ellie telah melalui pelbagai perkara, dan rasa serba salah itu pasti muncul. Part II bukan pendedahan pertama Ellie terhadap trauma, dengan dia sudah mengakui fakta ini pada akhir permainan video pertama: “Semua orang yang saya sayang sudah mati, atau pergi”. Itu adalah sifat di dunianya, dan ia pasti memberi kesan kepada jiwanya. Gross berkata mereka mahu bercakap tentang mengapa Ellie masih terus bertahan, mengapa dia masih berlawan, dan apa yang akhirnya dia akan dapat dari pengembaraannya untuk keadilan. Bagaimana ia mendefinisikan dirinya, sebagai orang terakhir yang hidup, dan tanggungjawabnya terhadap itu.
Fokus utama permainan adalah untuk pengalaman single-player kerana skala Part II. Oleh itu, kami bertanya jika Gross telah dapat bermain permainan video ini. Beliau berkata “sentiasa”, dan cukup bangga dengan produk itu. Dia bercakap tentang bakat Naughty Dog, tentang persediaan yang besar dan rumit, dan bagaimana dia boleh melakukan begitu banyak perkara dan belajar sesuatu yang baru setiap kali. Cara baru melalui rangka yang lama, dan memperolehi reaksi baru dari musuh? “Saya dapati ia merupakan cara terbaik untuk menghabiskan hari saya. Saya sangat bertuah. “
Part II mempunyai watak baru dan lama. Watak-watak baru dalam jalan cerita yang baru kelihatan mudah, kerana anda boleh membina mereka dari awal. Tetapi bagaimanakah ia berfungsi dengan watak yang telah wujud sebelum ini? Gross menceritakan bagaimana dia jatuh cinta dengan Ellie dan Joel, dan itulah salah satu sebab dia ingin berada di pasukan Part II dan menyambung kisah Naughty Dog ini. Dia menerangkan bagaimana, ketika mencipta watak-watak baru, mereka ingin membawa idea-idea baru, dan Naughty Dog sendiri pun sangat berbeza dengan pelbagai perspektif.
Ia memaksa dia untuk terus kreatif, kata Gross, untuk bekerja dengan begitu banyak orang dan dengan pelbagai pandangan yang luas untuk tidak hanya menunjukkan satu sisi cerita. Ellie akan dilihat bersama dengan teman- seperti Dina – serta sendiri, dan dia membayangkan pemain akan dapat merasakan rasa sokongan dan kesunyian itu.
Akhir sekali, Gross berharap pemain akan menyukai permainan video ini, akan menggembirakan kamu semua, akan membuat permain bertanya soalan-soalan menarik dan mencari watak-watak yang pemain boleh cerminkan diri sendiri. Shout out kepada semua gamers Malaysia! Luangkan masa yang gempak, dan terus bermain, berkongsi dan membuat permainan video!
@gamersantaimy
Discussion about this post