Hari ini, Apple mengumumkan barisan pemenang Apple Design Awards 2026, yang memberi pengiktirafan kepada 12 aplikasi dan game luar biasa atas reka bentuk, pelaksanaan teknikal, serta pendekatan kreatif mereka.
Dipilih daripada 36 finalis global, pemenang Apple Design Awards 2026 menonjolkan pasukan pembangunan daripada pelbagai saiz; daripada studio berskala besar sehinggalah pencipta solo.
Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi tahun 2026 mengikut kategori:
Delight and Fun
Pemenang dalam kategori ini menawarkan pengalaman pengguna yang sukar dilupakan, menarik dan sangat memuaskan.
- Pemenang Aplikasi: grug (Ocho; Belanda) — Sebuah aplikasi santai yang membawakan pendekatan unik kepada kesedaran minda positif, dengan menyampaikan “mesej” gaya neolitik untuk memupuk hal-hal positig.

- Pemenang Game: Is This Seat Taken? (Poti Poti Studio; Sepanyol) — Diterbitkan oleh Wholesome Games, game cozy logic puzzle ini mencabar pemain untuk menyusun penumpang dalam pengangkutan awam berdasarkan tabiat pelik, perkara yang mereka tidak suka, dan pilihan tempat duduk masing-masing.

Inclusivity
Kategori ini memberi penghormatan kepada aplikasi dan game yang menyediakan pengalaman berkualiti tinggi dan mudah diakses, yang direka untuk pengguna daripada pelbagai latar belakang, kebolehan fizikal, dan bahasa.
- Pemenang Aplikasi: Guitar Wiz (Bijoy Thangaraj; India) — Dibangunkan oleh seorang pembangun solo dan pemuzik dari Bengaluru, toolkit ini menawarkan arahan suara yang jelas untuk pemain gitar. Aplikasi ini menyatukan alat kebolehaksesan peringkat sistem (termasuk Dynamic Type, Increased Contrast, dan Differentiate Without Color) untuk memudahkan pembelajaran bagi pemuzik yang mengalami masalah penglihatan dan buta.

- Pemenang Game: Pine Hearts (Hyper Luminal Games Limited; United Kingdom) — Berlatarkan taman karavan yang damai, game naratif ‘wholesome’ ini menyokong pemain daripada semua tahap kebolehan melalui tetapan kebolehaksesan yang komprehensif, kawalan yang boleh diubah suai, serta maklum balas gerakan yang boleh dilaraskan.

Innovation
Pemenang dalam kategori ini menawarkan pengalaman yang berpandangan jauh dengan mencari cara baharu untuk memanfaatkan teknologi Apple.
- Pemenang Aplikasi: NBA: Live Games & Scores (NBA Media Ventures, LLC; Amerika Syarikat) — Dibangunkan khusus untuk Apple Vision Pro, aplikasi ini membawakan pengalaman menonton yang imersif, membolehkan peminat bola keranjang menonton sehingga lima perlawanan secara langsung dalam satu masa. Ia turut menyatukan papan pendahulu statistik terapung, Spatial Audio, dan mod 3D tabletop yang memaparkan pergerakan pemain secara masa nyata di atas gelanggang maya.

- Pemenang Game: Blue Prince (Dogubomb; Amerika Syarikat) — Sebuah game noncombat room-by-room mystery adventure yang bergantung kepada environmental storytelling, penyelesaian teka-teki, dan penerokaan tidak linear untuk merungkai naratif yang kompleks.

Interaction
Kategori ini mengiktiraf reka bentuk intuitif, antara muka yang jelas, dan susun atur kawalan yang dibina secara semula jadi untuk platform masing-masing.
- Pemenang Aplikasi: Moonlitt: Moon Phase Tracker (Flipping Hues Srls; Itali) — Aplikasi kalendar bulan yang menggabungkan penjejakan astronomi praktikal dengan UI yang kemas dan lancar, membantu peminat astronomi dan jurugambar mengikuti jadual cakerawala dengan mudah.

- Pemenang Game: Sago Mini Jinja’s Garden (Sago Mini; Kanada) — Direka khas untuk kanak-kanak dan tersedia di Apple Arcade, game berwarna-warni ini menggunakan mekanik swipe-to-move yang membolehkan pemain menanam dan menuai sayur-sayuran tanpa perlu membaca teks arahan yang rumit.

Social Impact
Pilihan dalam kategori ini membincangkan tema kemasyarakatan yang penting, pengalaman peribadi, atau isu global dengan cara yang bermakna.
- Pemenang Aplikasi: Primary: News in Depth (Wood Metal Rocks LLC; Amerika Syarikat) — Platform berita berpilih yang direka untuk Apple Vision Pro yang menyusun laporan kendalian editor ke dalam format yang jelas dan dioptimumkan secara spatial.

- Pemenang Game: Consume Me (Jenny Jiao Hsia dan AP Thomson; Amerika Syarikat) — Sebuah game puzzle autobiografi yang sangat peribadi; menggunakan elemen reka bentuk kreatif untuk menyentuh cabaran emosi yang sensitif berkaitan dengan amalan diet dan imej tubuh secara berhemah.

Visuals and Graphics
Kategori terakhir ini mengiktiraf imej yang luar biasa, antara muka yang sangat kemas, serta tema artistik yang hebat.
- Pemenang Aplikasi: Tide Guide: Charts & Tables (Condor Digital; Amerika Syarikat) — Sebuah aplikasi panduan marin yang menampilkan animasi lancar, palet warna berinspirasikan lautan, dan carta data skrin penuh yang kemas serta dipaparkan dengan baik pada pelbagai peranti.

- Pemenang Game: Cyberpunk 2077: Ultimate Edition (CD Projekt S.A.; Poland) — Sebuah game open-world RPG dengan visual yang memukau, yang memanfaatkan cip Apple silicon dan ciri rangka kerja Metal asli untuk membawakan aset terperinci, persekitaran yang padat, dan grafik imersif pada Mac.










Discussion about this post