Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Ambil Alih Kuala Lumpur! Dua Acara Hebat Yang Anda Wajib Sertai Sempena Ulang Tahun Ke-30!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Kolaborasi, Pameran/Expo
0 0
0
Pokémon Ambil Alih Kuala Lumpur! Dua Acara Hebat Yang Anda Wajib Sertai Sempena Ulang Tahun Ke-30!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah 30 tahun berlalu sejak para Trainer memulakan pengembaraan pertama di Pokémon Red dan Pokémon Green di Jepun pada tahun 1996. Bagi memperingati detik bersejarah ini, The Pokémon Company telah mengumumkan barisan acara menarik, di mana Kuala Lumpur dipilih sebagai salah satu lokasi utama bagi pelbagai acara sambutan ulang tahun ini.

Pengumuman ini membawa khabar gembira buat para peminat tempatan: Malaysia bakal menganjurkan dua acara utama tahun ini: iaitu acara PokéXciting pada bulan September, diikuti dengan Pokémon RUN 30: Malaysia Edition untuk bulan November nanti.

PokéXciting! Kuala Lumpur

Kemeriahan akan bermula dengan PokéXciting!, sebuah acara berskala besar yang direka untuk mengambil alih bandar Kuala Lumpur pada 12 dan 13 September 2026.

Walaupun lokasi khusus di ibu kota masih dirahsiakan buat masa ini, pihak penganjur menjanjikan pengalaman interaktif dan unik bagi membawakan dunia Pokémon terus ke jalanan dan pusat beli-belah tempatan.

Pokémon RUN 30: Malaysia Edition (21–22 November 2026)

Selepas acara PokéXciting pada bulan September, para peminat boleh bersiap sedia untuk menyertai Pokémon RUN 30: Malaysia Edition yang akan berlangsung pada 21 hingga 22 November 2026. Larian ini direka khas untuk menyerupai pengembaraan seorang Trainer melalui laluan yang interaktif:

  • Pengembaraan bermula di garisan mula, di mana anda akan memilih first partner Pokémon untuk menemani sepanjang larian.
  • Berhati-hati dengan “Pokémon Gym” di sepanjang laluan: beberapa halangan yang menyeronokkan untuk menguji semangat anda sebagai seorang Trainer.
  • Perlukan rehat seketika? Stesen minuman bertemakan Pokémon Center akan disediakan di sepanjang laluan bagi membantu peserta menyegarkan diri dan mengumpul semula tenaga.
  • Di sepanjang laluan, para pelari boleh mengumpul pelekat khas untuk memenuhkan Pokédex acara. Sebaik sahaja melintasi garisan penamat, anda akan menyaksikan partner Pokémon berevolusi.

Walaupun pendaftaran berbayar diperlukan, tapak acara ini juga akan menampilkan Pokémon Festival Zone yang dibuka secara percuma kepada orang ramai. Selepas tamat larian, para peserta dan orang ramai boleh berkunjung ke Festival Zone: iaitu sebuah hab yang dipenuhi dengan pelbagai zon interaktif:

  • Special Pokémon Pop-Up Store: Bawa pulang barangan eksklusif dan edisi terhad sempena Ulang Tahun ke-30.
  • Pokémon Time Tunnel: Imbas kembali kenangan lalu dengan menerokai sejarah permainan video Pokémon, Trading Card Game, anime, serta pelbagai inisiatif tempatan di Malaysia sepanjang tahun-tahun yang lalu.
  • Pikachu Parade dan Sesi Meet & Greet: Saksikan kemunculan Pikachu yang akan memeriahkan lagi sambutan ini, dan ambil peluang untuk merakam gambar kenangan.
  • Pokémon Experience Zone: Alami sendiri kandungan Pokémon terkini. Para pengunjung boleh mencuba pelbagai kandungan bermula daripada game mobile dan Trading Card Game, sehinggalah game terbaharu di Nintendo Switch 2.
  • Photo Spot & Sponsor Booth: Abadikan kenangan dengan latar belakang gergasi yang menampilkan Pokémon kegemaran.

Setiap peserta berdaftar Pokémon RUN 30 akan menerima Runner’s Kit edisi terhad yang direka khas. Pek tersebut mengandungi:

  • T-Shirt rasmi dan Drawstring Bag Pokémon RUN 30.
  • Type-Themed Bib (pilih antara elemen Grass, Fire, atau Water).
  • Pengikat lengan bertemakan Poké Ball.
  • Pokédex Search Sheet Pokémon RUN 30.
  • Kad lentikular First Partner Pokémon (Bulbasaur, Charmander, atau Squirtle, mengikut jenis bib yang anda pilih).
  • Satu Booster Pack untuk Pokémon Trading Card Game.
  • Notis: Pakej tiket terpilih juga akan termasuk Pikachu Shoulder Plushie eksklusif Pokémon RUN 30.

Bonus Dalam Game untuk Pemain Pokémon GO

Sepanjang hujung minggu acara Pokémon RUN 30, para pemain Pokémon GO yang aktif boleh menemui 28 jenis Pokémon. Bonus aktif dalam game di tapak acara termasuklah:

  • Tempoh Incense berganda (2×) (tidak termasuk Daily Adventure Incense).
  • 10× XP bagi pusingan PokéStop baharu.
  • 2× XP bagi pusingan PokéStop biasa.
  • Egg Hatch Distance dipotong separuh (1/2).

Selain itu, para pemain boleh menebus dua misi Timed Research eksklusif acara secara percuma:

  1. Pokémon RUN Timed Research: Menawarkan 16,026 XP, 2,026 Stardust, 1 Incense, 5 Poké Ball, serta pertemuan dengan Pikachu dan satu first partner Pokémon secara rawak. (Mesti diselesaikan dan ditebus dalam tempoh 24 jam selepas acara tamat.)
  2. Pokémon RUN Timed Research: After the Run: Menawarkan 15,026 XP, 2,026 Stardust, 15 Poké Ball, 1 Premium Battle Pass, serta pertemuan dengan Pikachu dan satu first partner Pokémon secara rawak. (Mesti diselesaikan dan dituntut dalam tempoh 7 hari selepas acara tamat.)

Para peminat di Malaysia boleh melayari portal rasmi tempatan yang baru dilancarkan di my.portal-pokemon.com/30th/ untuk belajar pengumuman terkini.

Maklumat mengenai lokasi, harga tiket, dan tarikh pendaftaran untuk Pokémon RUN 30: Malaysia Edition akan dikongsi secara berperingkat melalui laman web rasmi tersebut.

Tags: Kuala LumpurPokémon
ShareTweetSend
Previous Post

Bintang J-Pop Nami Tamaki Akan Mulakan Konsert Jelajah Asia “STARBOUND” 2026 Di Kuala Lumpur!

Next Post

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 - Senarai Penuh Game & Aplikasi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd