Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2026
in Artikel, Berita, Handheld, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Di COMPUTEX 2026, MSI telah memperkenalkan barisan perkakasan komputer terbaharu mereka, dengan memberi tumpuan kepada konsol handheld baharu Claw 8 EX AI+ serta laptop gaming edisi terhad, Titan 18 HX Dragon Edition Draco Epic.

Kedua-dua peranti Claw 8 EX AI+ dan Titan 18 HX Dragon Edition Draco Epic akan tiba di pasaran Malaysia pada bulan Julai 2026.

MSI Claw 8 EX AI+

Claw 8 EX AI+ merupakan konsol handheld pertama yang dikuasakan oleh pemproses baharu Intel Arc G3 Extreme. Berbeza dengan pemproses laptop biasa yang diubah suai untuk kegunaan peranti kecil, platform G3 direka khusus untuk kegunaan handheld.

Dibina berasaskan seni bina “Panther Lake”, ia menggabungkan performance core Coyote Cove dengan grafik Xe3 “Celestial” (khususnya GPU Arc B390 iGPU) bagi meningkatkan prestasi grafik dan kestabilan framerate semasa bermain game AAA yang berat, sambil mengekalkan penggunaan kuasa yang rendah.

MSI turut mengemas kini reka bentuk fizikal peranti ini berdasarkan maklum balas daripada komuniti pemain. Didatangkan dalam kemasan warna “Void Purple” yang unik, konsol handheld ini dilengkapi dengan skrin 8 inci yang lebih besar bersama sokongan Variable Refresh Rate (VRR) 120Hz bagi mengelakkan isu display tearing.

Bagi aspek kawalan pula, peranti ini menggunakan analog stick dan triggers jenis Hall-effect yang tahan lasak (bebas daripada masalah “drift”), pemegang ergonomik yang direka semula, serta D-pad yang sangat responsif. Ia juga memuatkan motor linear baharu untuk menghasilkan maklum haptic feedback yang lebih tepat dan dinamik.

Bagi menyokong sesi gaming yang lebih lama, MSI memuatkan bateri berkapasiti 80Wh yang lebih besar pada Claw 8. Dari sudut perisian, ia menggunakan MSI Center M versi dikemas kini bersama “Xbox Mode” khusus, yang mengurangkan penggunaan memori ketika mod standby.

Titan 18 HX Dragon Edition Draco Epic

Titan 18 HX Dragon Edition Draco Epic merupakan sebuah laptop jenis desktop-replacement yang menonjolkan keupayaan flagship jenama ini. Diinspirasikan oleh gugusan bintang Draco, rangkanya menampilkan seni turisan logam yang halus dan kemasan warna beranod yang diserap terus ke dalam logam untuk ketahanan yang lebih baik.

Peranti bersaiz 18 inci ini dibina untuk beban kerja berat dan aktiviti gaming berat. Ia dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus dan NVIDIA GeForce RTX 5090 Laptop GPU bersama memori GDDR7 sebanyak 24GB.

Untuk paparan visual, ia menggunakan skrin Mini LED 18 inci dengan resolusi 4K UHD+ dan refresh rate 240Hz yang sangat tajam.

Komponen kelas tinggi lain yang turut disertakan ialah papan kekunci mekanikal SteelSeries dengan suis Cherry, trackpad RGB jenis haptik, dan sistem penyejukan vapor chamber bagi mengawal suhu peranti.

Setiap unit laptop edisi terhad ini juga akan didatangkan dengan set ‘collector’s bundle’ eksklusif, termasuk mouse pad khas dan syiling peringatan ulang tahun ke-40.

Prestige, Katana, dan Venture

Bagi pencipta kandungan dan pengguna harian, MSI turut memperkenalkan beberapa pilihan lain:

  • Prestige 14 Flip AI+ Vincent van Gogh Edition: Merupakan sebahagian daripada siri premium Artisan Collection, laptop nipis dan ringan jenis 2-in-1 ini mendapat inspirasi daripada karya seni terkenal The Starry Night dan Starry Night Over the Rhône oleh Vincent van Gogh. Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra X9 378H, peranti ini dilengkapi dengan skrin sesentuh OLED 14 inci yang menyokong stylus MSI Nano Pen. Model ini dijangka memasuki pasaran Malaysia pada suku ketiga (Q3) tahun 2026.
  • Siri Venture: Barisan peranti yang kemas dan praktikal, direka untuk kegunaan perniagaan serta produktiviti harian. Ia telah dinaik taraf dengan pemproses Intel Core Ultra Series 3 serta sistem pengurusan haba yang senyap dan boleh dipercayai.
  • Siri Katana: Diberi nafas baharu untuk para gamer, siri ini mengemas kini reka bentuk fizikal peranti di samping menawarkan prestasi yang stabil pada julat harga yang lebih mampu milik.
  • Crosshair 16 HX MLG Edition: Dihiasi dengan kemasan warna “Stellar White” berserta bayangan merah di bawah pancaran cahaya, laptop ini diinspirasikan oleh maskot asal MSI, iaitu “Dragon Princess” (MLG). Menggunakan pemproses Intel Core Ultra dan kad grafik NVIDIA RTX Siri 50, peranti ini akan membuat pelancaran pertama di pasaran China, manakala ketersediaan untuk negara lain akan diumumkan nanti.

Spesifikasi Produk (Konfigurasi Global)

Nama ModelClaw 8 EX AI+ (CG3EM)Titan 18 HX Dragon Edition Draco Epic (A2WJ)Prestige 14 Flip AI+ Van Gogh Edition
PemprosesIntel® Arc™ G3 ExtremeIntel® Core™ Ultra 9 290HX PlusIntel® Core™ Ultra X9 378H
GrafikIntel® Arc™ GPU B390NVIDIA® GeForce RTX™ 5090 Laptop GPU (24GB GDDR7)Intel® Arc™ GPU B390
Paparan8″ FHD+ (1920×1200) Touchscreen, 48~120Hz VRR, 500 nits, 100% sRGB18″ UHD+ (3840×2400) Mini LED, 240Hz, VESA DisplayHDR 1000, 100% DCI-P314″ FHD+ (1920×1200) OLED Touchscreen, 100% DCI-P3, Sokongan MSI Nano Pen
MemoriLPDDR5x onboard, sehingga 32GBDDR5, sehingga 128GB (2 slot)LPDDR5x onboard, sehingga 64GB
Storan1x slot NVMe M.2 2280 SSD (PCIe Gen 4×4)1x PCIe Gen 5 x4, 3x PCIe Gen 4 x41x slot NVMe M.2 SSD (PCIe Gen 4)
AudioDua Pembesar Suara 2W, Pemprosesan Audio DTS6 Pembesar Suara Dynaudio (4x Pembesar Suara 2W, 2x Woofer 2W), Nahimic 32x Pembesar Suara 2W, 2x Woofer 2W, Pemprosesan Audio DTS
Bateri4-Sel, 80Wh4-Sel, 99.9Wh4-Sel, 81Wh
Berat & Saiz785g / 296~321 x 130 x 25~48 mm3.6kg / 404 x 307.5 x 24~32.05 mm1.37kg / 315.6 x 221.9 x 11.9~13.9 mm
Sistem Operasi (OS)Windows 11 HomeWindows 11 Home / Windows 11 ProWindows 11 Home / Windows 11 Pro
Tags: MSI Claw 8 EX AI+MSi Titan 18 HX Dragon Edition Draco Epic
ShareTweetSend
Previous Post

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

Next Post

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd