Co-CEO PlayStation, Hideaki Nishino, baru-baru ini mendedahkan bahawa pembangunan PS5 Pro telah bermula sebelum PS5 original dilancarkan. Bercakap dengan Variety, Nishino berkongsi pandangan tentang perancangan di sebalik pembangunan perkakasan Sony dan bagaimana konsol yang dikemas kini ini sesuai dengan visi jangka panjang mereka.
Dilancarkan pada 19 November 2020, PS5 menandakan lonjakan besar dalam dunia ‘console gaming’. Namun, Nishino mendedahkan bahawa pembangunan PS5 Pro telah pun berjalan sebelum pelancaran tersebut.
“Jadi, kami mula bekerja pada PS5 Pro bahkan sebelum PS5 dilancarkan — ia adalah projek lima tahun untuk kami,” kata Nishino.
Perancangan awal ini didorong oleh kelajuan evolusi teknologi yang pantas dan keperluan Sony untuk kekal berdaya saing.
“Terdapat perbincangan sama ada kami ingin membuat satu lagi versi Pro atau tidak. Tetapi perkara utamanya ialah, terdapat teknologi yang boleh kita kembangkan dalam tempoh tiga tahun atau lima tahun. Inovasi dan kemajuan teknologi lebih pantas dalam dunia moden. Telefon pintar diperbaharui setiap tahun, PC diperbaharui setiap tahun,” tambahnya.
Walaupun Nishino menjelaskan bahawa Sony tidak merancang untuk mengeluarkan kemas kini tahunan seperti segmen teknologi lain, strategi mereka melibatkan mengenal pasti kemajuan utama yang boleh digabungkan untuk peningkatan generasi yang signifikan, seperti PS5 Pro.
Falsafah pembangunan Sony berasaskan pendekatan jangka panjang. Nishino menekankan bahawa setiap generasi direka bersama penggantinya.
“Kami reka segalanya dengan satu langkah ke hadapan dalam fikiran. Ia bukan seperti kami hanya membuat satu langkah seterusnya dan tidak tahu tentang dua langkah selepas itu. Itu bukan cara kerja kami,” jelasnya.
Kaedah ini memastikan kesinambungan kitaran generasi konsol selama 10 tahun, selaras dengan komitmen Sony untuk menyediakan pengalaman gaming yang kukuh dan berkembang.
PS5 Pro dijangka menarik minat pemain aktif serta memikat pengguna baru yang mencari prestasi terbaik. Nishino luah keyakinan terhadap tarikan produk itu:
“Kami gembira melihat bahawa kebanyakan pengguna gaming yang aktif berminat dengan PS5 Pro, dan saya yakin pengguna baru juga akan mendapatkannya.”
@gamersantaimy
Discussion about this post