Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Animasi ‘Misi School Adventure’ – Kisah Hidup Murid-Murid Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 4, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Animasi ‘Misi School Adventure’ – Kisah Hidup Murid-Murid Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, YouTube rasmi Official Misi telah mengumumkan bahawa episod 1 untuk animasi Misi School Adventure sudah hampir siap dan mereka bersedia untuk mempamerkan episod tersebut.

Untuk meraikan pencapaian itu, mereka memuat naik trailer terakhir untuk animasi ‘Misi School Adventure’ yang anda boleh tonton di bawah:

Animasi ini berdasarkan komik motivasi Misi 8A di mana kita mengikuti pengembaraan Aizad, Zahid, Mat, Putera, Kimi dan Fizi semasa masing-masing menempuhi cabaran-cabaran yang menarik di sekolah.

Kredit: YouTube@OFFICIALMISI

Trailer di atas dihasilkan di bawah program DC3 bersama Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); dan merupakan sedutan babak-babak menarik dalam Episod 1 siri animasi Misi School Adventure. Selain itu, trailer episod 1 juga mengambil masa 8 bulan untuk siap, dan memerlukan tenaga kerja seramai 18 orang insan kreatif. Bukan itu sahaja, kos untuk hasilkan 120 saat bagi animasi ini ialah sebanyak RM65,000.

Kredit: YouTube@OFFICIALMISI

Buat masa ini, itu sahaja info yang saya tahu kerana pihak produksi tidak menjelaskan bila animasi ini akan dikeluarkan dan di platform manakah yang ia akan ditayangkan. Cuma, saya berharap animasi ini dapat dipamerkan dalam masa terdekat.

Kredit: YouTube@OFFICIALMISI

Sebelum ini, mereka juga pernah mengeluarkan teaser (boleh ditonton di bawah) yang menayangkan dahulu 4 minit pertama untuk Episod 1. Jelas sekali kualiti animasi dan lakonan suara telah bertambah baik dengan drastik, jadi saya berharap kami dapat menonton animasi ini dalam masa terdekat.

Bagi mereka yang tidak tahu, Misi School Adventure dihasilkan oleh pasangan individu kreatif bernama Afiq Salam dan Nazry Salam. Mereka memulakan jenama Misi pada tahun 2010 dengan ciptaan Misi 8A dan ternyata, sambutannya sangat positif di kalangan pembaca. Selepas menghasilkan berpuluh-puluh siri berlainan, jenama Misi masih kekal utuh dan digemari sehingga kini.

Kredit: YouTube@OFFICIALMISI

Buat masa sekarang, beberapa animasi Malaysia telah berjaya mendapat nama di negara luar seperti Upin Ipin, Ejen Ali, dan Mechamato. Dengan adanya lebih banyak projek animasi seperti ini, moga-moga industri Malaysia dapat berkembang maju.

Apa pendapat anda tentang animasi Misi School Adventure? Jom kongsikan di ruang komen!

Tags: animasiMalaysiaMisi School Adventure
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Siap Sedia Untuk Musim Cuti Dengan Laptop Nitro V 15 Baru & Beg Galas Khas!

Next Post

Corsair M75 Air Wireless Mouse Review — Penggunaan yang Selesa, Harga Kurang Rahmah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Corsair M75 Air Wireless Mouse Review — Penggunaan yang Selesa, Harga Kurang Rahmah

Corsair M75 Air Wireless Mouse Review -- Penggunaan yang Selesa, Harga Kurang Rahmah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd