Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Corsair M75 Air Wireless Mouse Review — Penggunaan yang Selesa, Harga Kurang Rahmah

Maira by Maira
December 4, 2023
in Artikel, Berita, Mouse, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Corsair M75 Air Wireless Mouse Review — Penggunaan yang Selesa, Harga Kurang Rahmah

Sumber: Gamer Santai

Share on FacebookShare on Twitter

Corsair M75 Air merupakan sebuah mouse yang berharga premium, yang sudah tentu membolehkan anda mendapatkan beberapa mouse hebat lain yang terbaik dan disukai oleh ramai pemain profesional FPS. Tetapi bagi kami, ia seperti mouse biasa sahaja. Jom kami ceritakan sedikit pengalaman kami semasa menggunakannya.

Sumber: Gamer Santai

Reka Bentuk

Tiada apa-apa yang istimewa mengenai reka bentuk mouse ini. Pasaran kini mempunyai banyak mouse low profile berwarna hitam tanpa sebarang efek RGB, sama seperti mouse ini. Logonya berkilat dan terdapat beberapa garis pada mouse dan terdapat aksen kuning di dalam scroll wheel.

M75 Air sememangnya sangat ringan jika nak dibandingkan dengan mouse di pasaran, dengan seberat 60g sahaja. Saiznya juga sangat sesuai dengan tangan kami. Tekstur mouse agak berpasir, jadi kalau tangan anda berpeluh semasa bermain, ia tidak akan meninggalkan kesan pada badan mouse. Butang pada sisi mouse pula berkilat dan licin, memberikan kontras kepada reka bentuk badan mouse dan butang itu.

Sumber: Gamer Santai

Anda tidak perlu meletakkan bateri dalam mouse ini untuk menggunakannya, bermakna anda perlu mengecasnya sekali sekala untuk menggunakannya. Tetapi boleh sahaja anda menggunakan wayar kalau malas mengecasnya. M75 Air sebenarnya menyokong tiga jenis sambungan yang berbeza, berwayar, 2.4GHz yang anda perlukan untuk menggunakan receiver yang disertakan dengan mouse, dan sambungan Bluetooth. 

Suis berada di bahagian bawah mouse, dan warna LED berbeza di atas menunjukkan mod yang berbeza, biru bermaksud Bluetooth, hijau bermaksud menyambung melalui receiver 2.4GHz, merah bermakna bateri lemah.

Sumber: Gamer Santai

Sembang tentang tempat receiver pula, ia jauh lebih baik daripada apa yang kami jangkakan sebenarnya. Ia sangat senang untuk digunakan malah receiver itu terletak dengan baik tanpa sebarang pergerakan.

Pengalaman

Mouse ini mempunyai enam butang pada badannya iaitu dua butang biasa, dua butang pada bahagian sisi, roda mouse, butang untuk mode connection. Cuma peliknya, mouse ini tidak mempunyai butang untuk DPI. Kalau anda seseorang yang tidak mengubah DPI selalu mungkin tidak kisah mengenainya, tetapi buat mereka yang sering mengubahnya pasti mati akal untuk menukarnya nanti.

M75 Air menggunakan sensor DPI sehingga 26,000 DPI dan ia boleh diubah menggunakan software iCUE. Anda boleh menyediakan profil dengan dua tetapan DPI yang berbeza, tetapi anda perlu mengubah suai salah satu fungsi butang mouse kepada suis DPI, yang bagi kami tidak berbaloi.

Sumber: Gamer Santai

Butang kiri dan kanan sudah pastinya penting, kerana kami sering menggunakannya dalam CS2 manakala butang sisi khas untuk DOTA 2. Butang yang tinggal sekarang hanyalah roda mouse. Yang kelakarnya ramai pemain CS2 yang bind “lompat” pada roda tersebut, jadi kalau ditukar menjadi suis DPI, boleh jadi anda “ter” skrol dan akhirnya melakukan sesuatu yang anda tidak mahu semasa bermain game. Jadi kami tidak berkenan sangat dengan ketiadaan butang khas untuk DPI.

Selebihnya tetikus memenuhi jangkaan. Ia ringan jadi ia menjadikan flick lebih mudah dan kurang kekangan, ia licin untuk meluncur pada mouse pad dengan mudah, posisi butang sisi juga diletakkan dengan sangat baik. Benda lain yang kami suka pada mouse ini adalah ia mempunyai tetapan polling rate 2,000Hz yang boleh digunakan. Sudah tentu ia akan memakan bateri dengan banyak tetapi ia tidak begitu membebankan. Bagi kami, hayat bateri serta masa pengecasan M75 Air hampir sama seperti mouse Logitech G Pro kami.

Sumber: Gamer Santai

Seperti yang diiklankan, M75 Air boleh digunakan sehingga 34 jam dengan sambungan 2.4GHz dan 100 jam dengan Bluetooth. Kalau anda gamer tegar yang menggunakan mouse, anda boleh beri peluang pada mouse ini.

Kesimpulan

M75 Air merupakan sebuah mouse yang mempunyai banyak kualiti yang baik dan itu yang membuatkan kami puas hati menggunakannya. Ianya ringan, licin untuk meluncur atas mouse pad, mempunyai hayat bateri yang baik, polling rate yang hebat serta selesa untuk digunakan. Butang kiri dan kanan menggunakan suis optik yang dinilai pada jangka hayat 100k klik dan tiada kelewatan apabila diklik.

Sumber: Gamer Santai

Walaupun begitu, ia bukanlah mouse yang murah. Dengan harga sebanyak $149.99 dalam USD, sememangnya boleh membuatkan anda fikir panjang, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan butang DPI malah membuatkan anda muat turun software tambahan untuk menukar fungsi butang tersebut. Ia juga antara mouse yang paling simple anda boleh dapatkan dengan harga sebegini. Kalau anda tidak kisah dengan harganya, kami pasti anda akan berseronok dengan M75 Air.

Anda boleh lawati laman web rasmi produk untuk melihat spesifikasi penuh mouse tersebut. Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Corsair M75 Air Wireless MouseM75 Air Wireless Mouse
ShareTweetSend
Previous Post

Animasi ‘Misi School Adventure’ – Kisah Hidup Murid-Murid Malaysia!

Next Post

Interview MTG Lost Caverns of Ixalan bersama Ovidio Catagena — Penampilan Dinosaur dalam Dunia Fantasi

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Interview MTG Lost Caverns of Ixalan bersama Ovidio Catagena — Penampilan Dinosaur dalam Dunia Fantasi

Interview MTG Lost Caverns of Ixalan bersama Ovidio Catagena -- Penampilan Dinosaur dalam Dunia Fantasi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd