Hari ini, Acer Malaysia telah mendedahkan laptop gaming Acer Nitro V 15 baharu yang direka untuk meningkatkan pengalaman gaming pengguna dan menemani anda dalam perjalanan yang lebih mengasyikkan pada musim cuti ini. Pada masa yang sama, Acer juga secara rasmi mengumumkan ketibaan beg galas dan bagasi baru, yang menggabungkan gaya dan fungsi untuk pengguna dalam perjalanan.
Berikut adalah info lengkap:
Acer Nitro V 15
Mewarisi reputasi siri Nitro yang memberikan nilai terbaik pada harga mampu milik, Acer Nitro V 15 dikuasakan oleh 13th Gen Intel Core i5 dan mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 atau RTX 2050. Dengan penggunaan kuasa 180W dan 170W, Nitro V 15 menyampaikan sehingga 30% lebih banak FPS berbanding model lain yang serupa dengan Max Graphics Power (MGP) lebih rendah.
Menampilkan paparan IPS FHD 144Hz 15.6-inci, SSD sehingga 512GB dan 8GB DDR5 RAM 5600Hz yang boleh ditingkatkan sehingga 32GB, Acer Nitro V 15 memenuhi pelbagai keperluan dan situasi, demi memenuhi selera gaming anda yang tinggi.
Didatangkan dengan waranti 2 tahun, Acer Nitro V 15 dijual bermula RM3,099 dan boleh didapati serta-merta di Acer concept store di seluruh Malaysia. Pelanggan yang membeli Acer Nitro V 15 sebelum 31 Disember 2023 akan mendapat hadiah bernilai sehingga RM637, termasuk Nitro Urban Gaming Backpack, langganan 3 tahun Trend Micro Internet Security, Logitech G Wireless Gaming Mouse dan kredit Touch ‘n Go eWallet.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi ganjaran tambahan bernilai sehingga RM50,000 dalam Holiday Giveaway dengan menyertai kuiz melalui www.a-redemption.com.
Beg Galas dan Bagasi Acer Baharu
Barisan beg galas dan bagasi Acer juga berkembang dengan pengenalan Predator Robust Luggage yang mewarisi semangat ketahanan. Setiap beg dilengkapi dengan kunci kata laluan TSA untuk memastikan keselamatan dan kepantasan. Di dalam, berbilang kompartmen menjaminkan barang sentiasa teratur manakal roda double-row memberi peluncuran licin dan senyap untuk menambah gaya pada siri Predator Robust Luggage.
Sementara itu, siri bagasi Acer Melbourne menetapkan standard baru dengan bahan kualiti tinggi dan reka bentuk strategik. Dibina dengan cengkerang PC tiga lapisan teguh dari Jerman, ia mampu menahan kesukaran perjalanan, dan teknologi tetulang rivet memastikan integriti struktur. Kedua-dua sudut anti-pelanggaran aloi dan kunci kata laluan TSA memberikan perlindungan tambahan, menjadikannya peneman lengkap untuk perjalanan tanpa bimbang.
Tidak lupa juga tentang beg galas Acer Austin yang minimalis dan serba boleh. Direka untuk profesional moden, beg galas ini mempunyai reka bentuk ergonomik untuk mengurangkan ketegangan bahu dan belakang semasa perjalanan harian dan lawatan perniagaan. Strukturnya yang ringan dan estetika profesional menjadikannya
solusi yang sempurna untuk individu yang sentiasa sibuk bergerak.
Tersedia segera di Acer concept store di seluruh Malaysia, Predator Robust Luggage berharga RM1,999, manakala siri Acer Melbourne berharga RM999 dan RM1,099 untuk varian 20-inci dan 24-inci. Acer Austin Backpack pula dijual pada harga RM369.
Dapatkan segala berita kami tentang Acer di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post