Game Horizon Forbidden West telah dilancarkan pada Februari yang lalu. Banyak juga kita lihat karya-karya menarik daripada game tersebut terutamanya karya yang melibatkan watak utama, Aloy. Baru-baru ini, PlayStation Studios Malaysia pula membawa versi baharu untuk Aloy yang mencerminkan budaya Malaysia! Jom kami tunjukkan kepada anda, Aloy versi Wayang Kulit! Melalui Twitter, video pembuatan Wayang Kulit Aloy ini telah dikongsikan. Anda boleh melihat video tersebut di bawah:
Fusion Wayang Kulit (Fusion WK) bersama-sama PlayStation Studios Malaysia, telah menunjukkan proses bagaimana Wayang Kulit Aloy dihasilkan. Perincian pada watak tersebut memang unik malah mencerminkan Aloy daripada sudut yang lain. Sudah namanya Wayang Kulit, sudah tentu ia boleh digerakkan tetapi melihat daripada periciannya, hanya tangan Aloy sahaja yang boleh bergerak. Walaupun begitu ia sememangnya hasil yang mantap oleh Fusion Wayang Kulit!
Untuk pengetahuan anda, Fusion WK merupakan sebuah pasukan hebat yang diasaskan oleh Tintoy Chuo dan Take Huat (pengasas bersama) pada tahun 2012, dengan Tok Dalang ke-13: Encik Pak Dain sebagai ketua jurutera. Pasukan berbakat ini diwujudkan untuk menghidupkan semula seni wayang kulit tradisional dengan gabungan multimedia sambil mengekalkan tradisinya. Banyak juga subjek-subjek hebat yang telah mendapat versi Wayang Kulit mereka tersendiri contohnya Star Wars, Batman, Superman dan Ultraman. Wayang Kulit Evangelion juga ada dihasilkan! Anda boleh lihat hasil lain daripada mereka di laman web rasmi.

Agaknya Wayang Kulit ini boleh dibeli tidak? Rasanya mesti ramai peminat Horizon ingin memilikinya. Harga dia juga mesti mantap seperti kualitinya. Apapun, anda semua sudah main ke Horizon Forbidden West? Masih belum terlambat untuk anda teruskan perjalanan Aloy yang baru ini!

@gamersantaimy
Discussion about this post